Sunday 1 June 2014

Jamal Abdillah tidak suka shopping di tempat awam

Amboi-amboi bukan main lagi selera Datuk Jamal Abdillah ni. Dengarnya memetik laporan mStar, dia tidak suka membeli belah ditempat awam, tapi lebih selesa jika ada tukang jahit datang ke rumah.
"Saya lebih senang jika tukang jahit sendiri datang ke rumah, tunjuk kain-kain terbaru dan kemudian jahit setiap baju-baju yang direka khas buat saya. Lagi puas hati.

"Cara ini akan membuatkan saya dilihat lebih eksklusif dan peminat akan menghargai kita setiap kali berada di pentas,"
Selain itu pula, Jamal bukan jenis kaki lepak dengan kawan-kawan, tapi suka duduk rumah dengan bermain bersama dua ekor ikan Arwana peliharaannya.
"Di rumah, saya akan menghabiskan masa dengan melihat dua ekor ikan arwana yang saya bela.

"Ada yang bertanya, tak bosan ke asyik terperap kat rumah? Bagi saya tidak! Menghiburkan orang dengan memakai pakaian yang cantik adalah minat dan keseronokan saya. Jadi di rumah, adalah masa untuk berehat.

"Tetapi sekiranya ada isteri nanti, rasanya kenalah keluar berjalan-jalan ye tak?" -ujarnya lagi

No comments:

Post a Comment