Tuesday 3 June 2014

Shaarnaz terima maaf dari Fauzi, Lisdawati

Berita baik! Sharnaaz Ahmad dikhabarkan telah menerima permohonan maaf daripada Fauzi Nawawi dan isterinya, Lisdawati bagi kemelut yang melanda mereka pada bulan Februari lalu dimana Sharnaaz telah menyerang Lisdawati atas sebab-sebab tertentu.

Menurut laporan mStar, kenyataan maaf yang dibuat Fauzi dibuat ketika rancangan H!Live pada hari Ahad lalu dan juga laman sosial twitter milik Fauzi.
"Mereka sudah minta maaf. Saya terima. Lagipun tidak perlu saya memohon maaf lagi memandangkan menerusi kenyataan saya sebelum ini saya sudah minta maaf.

"Hati orang, siapa tahu. Saya cuma terima sahaja permohonan maaf itu. Diharap isu ini tidak lagi diperbesar-besarkan lagi oleh mana-mana pihak,"

"Saya pun tidak ada masalah jika akan bekerjasama dengan mereka pada masa akan datang ini. Terpulang kepada mereka," ujarnya.

No comments:

Post a Comment