Monday 30 June 2014

Boy Iman selesa dengan gelaran Dato'

Boy Iman mengakui dia akan terus menggunakan gelaran Datp' pada dirinya walaupun ramai yang tidak senang dan beranggapan sebaliknya mengenai gelaran berkenaan yang dianugerahkan kepada pelakon muda, Boy Iman.

Memetik laporan Murai, Boy Iman yang ditemui ketika Majlis Kesyukuran Dato` Boy Iman di Dataran Kitchen Kuala Lumpur baru-baru ini menyatakan ianya satu kebebasan yang perlu ada pada dirinya selagi tidak menyalahi undang-undang Negara.
“Saya akan terus pangku gelaran Dato` ini menerusi majlis-majlis rasmi, di ‘business card’ mahupun baju korporat kerana saya sangat selesa dengan penganugerahan yang diberikan,”

“Saya tidak kisah sekiranya ada sesiapa yang nak panggil saya sebagai Dato`atau nama sahaja, yang penting selagi ia tak menyalahi undang-undang maka saya ada hak untuk menggunakannya,” katanya.
Sebelum itu untuk penegtahuan umum, Boy Iman dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.M.N) dari kerajaan Naning.

No comments:

Post a Comment