Wednesday 11 June 2014

Engku Emran komen kehidupan selepas bercerai

Hari ini topik pasal cerai dan cerai sahaja ok. Hehe. Bukan apa memang dah benda dah terjadikan, kadang kala kita perlu ambil pengajaran dan cara kita untuk lebih memperkuatkan lagi hubungan kita dengan rumahtangga kita, bukan nak diambil jadikan bahan praktis pula kan. Semua pihak nak rumahtangganya aman damai dan kekal selama-lamanya hingga ke akhir hayat.

Tapi mari kita lihat penjelasan yang terperinci oleh Engku Emran di bawah ini. Satu kenyataan panjang lebar yang agak emosional juga. Korang bacalah sampai habis. -petikan malaysiandigest.com
"Hari ini bukan saya mahu dedahkan apa-apa, saya cuma rasa terpanggil untuk memberi penjelasan, berat sebenarnya hati saya untuk beri penjelasan ini kerana perkara ini langsung tidak mengganggu fikiran saya.

Selama ni ramai orang tercari-cari dan hubungi saya untuk mendapatkan penjelasan. Saya bukan elak tapi saya cuma berdiam. Kerana bagi saya berdiam tu lebih baik. Saya pun bekerja dalam bidang media. Buat apa saya nak jumpa orang lain untuk jelaskan sedangkan saya tahu permainan media.

Selepas saya bercerai saya ada berjumpa dengan beberapa kawan media yang saya kenali. Saya beritahu mereka yang saya tidak akan keluarkan apa-apa statment. Allhamdulillah, mereka yang berada sewaktu perjumpaan itu faham, tahu, dan juga menghormati pendirian saya di waktu itu.

Tetapi selepas saya beri penjelasan tentang apa yang berlaku, ada juga yang berasa sangsi. Ada salah seorang antara mereka yang masih mencanang, mengatakan saya kahwin dua. Apa lagi yang mereka nak saya buat? Apa lagi yang mereka nak saya terangkan? Sebab itu saya kata, tak guna saya beri penjelasan kerana orang tak akan percaya. Hal ni saya serah pada Allah sebab dia Maha Mengetahui.

Sejak semalam juga, saya terdetik hati untuk beri penjelasan hari ini. Itu pun selepas seorang hamba Allah ini yang lebih tua dari saya dan saya hormati, yang lebih tahu tentang hal agama. Beliau nasihatkan, yang mungkin saya patut beri penjelasan sekali lagi yang terakhir supaya orang tidak memfitnah kita walaupun saya telah beri penjelasan, sebelum ini.

Macam inilah..., semasa saya berkahwin dulu, banyak cerita yang tak betul keluar. Macam saya katakan dari awal tadi, saya faham permainan media sebab saya pun orang media.

I know the game too well! Saya dah bagi penjelasan masa itu yang saya tak kahwin dua. Hanya Erra Fazira seorang sahaja isteri saya, pada ketika itu. Tetapi masih lagi orang bercerita. Masih lagi orang tak percaya. Bagi saya, saya dah tunaikan tanggungjawab saya untuk beri penjelasan.

Kadang-kadang kita sebagai orang media, apa saja yang kita tulis, sekali orang was-was dengan penulisan kita, sekali orang meragu, kita sudah dianggap berdosa. Memang... bukan niat kita nak sebarkan fitnah tapi sekali orang percaya, kita sudah mendapat dosa. Sekali kita aibkan org, 10 aib kita orang akan buka. 1 aib orang kita tutup 10 aib kita Allah akan tutup. Peranan media ni penting. Kita yang mempengaruhi masyarakat dengan apa yang kita tulis. Saya bukan mahu mengajar siapa siapa tetapi dari pengalaman selama 14 tahun di bidang ini saya dah memahami sangat-sangat.

Lagi satu contoh..., ya selama ni, selepas waktu bercerai saya rasa ramai tahu yang saya cuba untuk memujuk. Masa saya buat #prayformomandayah tu pun, waktu itu saya cuma harapkan yang terbaik untuk mak dan ayah Aleesya. Tidak semestinya perlu bersatu kembali, tapi saya harapkan yang terbaik. Pernahkah anda terfikir mungkin I’am a desperate father but not a desperate ex husband?

Jika kami tidak kembali bersatu tapi kalau itu yang terbaik, kami terima. Saya percaya Erra pun terima dan dia telah terima.

Jangan fikir saya buat # tu semata-mata nak kembali semula, tidak... Saya ada anak, saya seorang bapa, mungkin kalau saya bukan bapa, saya tak buat.

Tapi saya tahu dan dapat rasa keluhan anak saya. Setiap malam bila saya bila saya tidurkan dia, saya dapat rasakan keluhan dia. Kalian diluar sana tak rasa, tapi saya rasa. Saya lalui, Erra lalui. Anda semua tak faham. Buat apa kami nak bercerita apa yang kami lalui. saya hanya bercerita apa yang saya mampu bercerita.

Dan selepas habis tempoh edah pada 18 Mei lalu, (saya masih ingat tarikh tu sebab saya ingat tarikh saya bercerai). Dan beberapa hari selepas itu keluar cerita gosip Erra dengan seorang lelaki. Bagi saya, kalau cerita itu betul, Alhamdulillah... I wish them all the best, ikhlas saya kata kan ini.

Tetapi jikalau perkara itu tidak betul, anda semua tahu saya yang sedang cuba untuk bina masjid saya semula dan jika apa yang anda tulis itu tidak betul, MasyaAllah...

Kerana disebabkan cerita yang keluar itu, disebabkan cerita yang anda tulis tu juga lah, saya move on. Saya bersedia untuk pergi.

Jadi, jangan salahkan saya. Sebab itu saya katakan tadi, sebagai pengamal media, apa yang kita tulis itu sangat-sangat bahaya. Tapi seperti yang saya katakan, kalau ianya betul,

Alhamdulillah, I wish them all the best. Tetapi jangan salah faham juga, saya tidak menyalahkan mana mana media sebab apa yang telah tersiar adalah kerja Allah. Jika Allah tidak buka kan hati anda untuk menulis cerita itu maka cerita itu pun tidak akan tersiar diakhbar dan blog blog.

InsyaAllah... sekurang-kurangnya seperti ramai yang orang kata, saya dah cuba lebih daripada apa yang patut saya buat.

Jadi, bagi yang menulis cerita itu, anda fikirlah... andai kata cerita itu tidak benar, anda telah menyebarkan fitnah dan disebabkan fitnah itu juga lah, saya telah berundur.

Kepada peminat-peminat Erra Fazira, saya tahu anda marahkan saya atau ada di antara anda yang marahkan saya. Tapi jangan salahkan saya atau Erra Fazira. Kerana anda mesti ingat, saya menunggu...menunggu... menunggu... dan menunggu. Sampai bila saya nak tunggu? Ada antara anda yang kata, kenapa sekejap sangat berubah hati? Ini bukan sekejap.

Kami sudah berpisah selama setahun setengah, bercerai hampir 5 bulan. Kalau dicampurkan tempoh itu, hampir 2 tahun. I need to move on.

Penat jadi seorang bapa tunggal, memang penat. Tapi saya tak mengeluh. Saya tahu ini ujian dari Allah, saya tak mengeluh. Dan Alhamdulillah... selepas saya mendapat petunjuk (menerusi apa yang ditulis di akhbar, portal dan blog) sudah waktu nya untuk beredar.

Dan Alhamdulillah juga, ada hamba Allah yang mengetuk pintu hati saya. Dan bila saya buka pintu hati saya, Alhamdulillah,apa yang saya lihat selama ini ialah yang saya impikan.

Tak perlulah saya beritahu siapa orang itu. Tapi cukup lah saya beritahu, wanita tersebut mengetahui tentang hal agama lebih daripada saya dan dia beragama Islam.

Memang beberapa hari lepas saya ada bekongsi sedikit tentang apa yang saya rasa ketika ini. Ya, saya rasa gembira, saya ni manusia biasa. Saya bukan selebriti. Saya tak pernah anggap diri saya ni selebriti. Memang saya pernah berkahwin dengan selebriti. Ya, tapi saya bukan selebriti. Saya seperti anda semua orang biasa dan saya tak perlu hidup sebagai selebriti wakalupun saya dikenali. Itu prinsip saya, selagi saya tak kacau orang, selagi saya hormati semua orang dan saya menghormati Allah, bagi saya itu sudah cukup...

No comments:

Post a Comment