Wednesday 11 June 2014

RM100,000 lebih tuntutan Rita Rudaini kepada Aidil Zafuan

Kes mahkamah kali ini masih lagi bersangkut paut mengenai kes perceraian namun lebih kepada penjagaan hak selepas penceraian iaitu diantara Rita Rudaini dengan Aidil Zafuan.

Menurut laporan Murai, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah menetapkan perbicaraan penuh mengenai tuntutan nafkah tertunggak yang dianggarkan melebihi RM100,000 pada 30 September akan datang.

Aidil dan Rita tidak hadir ke prosiding pemberitahuan ini namun diwakili oleh peguam masing-masing.

Tuntutan nafkah berkenaan yang berjumlah lebih RM100,000 yang difailkan Rita itu membabitkan kos bayaran rumah, makan minum, pakaian dan barangan asasi lain sejak Aidil keluar dari rumah mereka di Kota Damansara pada Januari 2012 dengan meninggalkan anak hasil perkongsian hidup mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3..

Sebelum ini, Rita turut menuntut nafkah anak merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan juga lampin pakai buang sebanyak RM5,392 sebulan.

Bagaimanapun, Aidil yang juga pemain pertahanan skuad JDT, menegaskan beliau hanya mampu membayar RM2,000 sebulan.

No comments:

Post a Comment