Monday 9 June 2014

Amaran dari Rozita Che Wan!

Pelakon Rozita Che Wan mendedakan dia berjaya menyekat kira-kira 1,000 pengikut laman sosial Instagram miliknya kerana rimas dengan mesej-mesej yang dikomen apabila gambarnya dimuat naik.

Rozita berkata, dia juga akan membuang mana-mana status peminat yang dirasakan tidak bersesuaian ataupun menyakitkan hati.
“Bagi saya, Instagram saya adalah ‘personal’ . Adalah menjadi hak saya untuk meletakkan gambar saya. Kalau sesiapa yang tak suka jangan follow.

“Saya pun pernah… lebih kurang 1,000 orang saya block,” katanya.
Ketika ini Rozita menerusi akaun Instagram miliknya iaitu rozitachewan1 mempunyai lebih 300,000 pengikut. -mStar

No comments:

Post a Comment