Monday 23 June 2014

Isu Wechat, Sikap Zarema terjawab - Rita Rudaini

Memetik portal MediaHiburan, sebelum itu, Rita Rudaini ada membidas kenyataan isteri baru bekas suaminya, dimana Zarema yang didakwa telah menyekat komunikasi diantara Aidil dengan anak-anaknya.

Kemudian, Aidil membalas agar Rita menghentikan memburukkan isteri barunya itu.
"Apa yang saya beritahu sebelum ini semuanya daripada mulut Aidil sendiri. Kalau bukan dia yang cakap isterinya itu yang sekat aplikasi Whatssapp dan Wechat, mana mungkin saya boleh tahu dan berkata sedemikian. Aplikasi Whatsapp itu disekat sebelum mereka berkahwin dan Wechat itu pula selepas berkahwin.

"Aidil yang meminta saya muat naik aplikasi Wechat sebab senang nak berhubung dengan anak secara 'video call'. Saya menolak sebab tidak suka menggunakan aplikasi yang jarang digunakan. Akhirnya saya akur kerana dia menggunakan alasan anak-anak.

"Selepas muat naik, dia sempat buat panggilan video sekali sahaja dan disekat oleh isterinya tiga hari selepas itu kerana kantoi dia berhubung dengan saya dan anak-anak. Kemudian, Aidil menghubungi saya menggunakan nombor lain. Saya tanya, mana pergi telefon lagi satu dan Aidil menjawab isterinya ambil.

"Bila saya tanya kenapa, dia jawab lagi isterinya itu terjumpa 'history' panggilan video yang pernah dibuat sebelum ini. Saya cakap dengannya, kenapa perlu takut sedangkan apa yang dia buat itu adalah untuk anak-anaknya sendiri.

"Aidil juga cakap, dek kantoi dengan aplikasi Wechat itu dia dan isterinya bergaduh sehingga habis barang-barang di rumah dipecahkan,"
Dalam hal berkaitan, Aidil dikatakan sering meluahkan mengenai isterinya itu sebelum mereka bernikah atau pun sesudah bernikah. Agak memeranjatkan sehinggakan Aidil enggan meneruskan hasratnya berkahwin lagi.
"Pernah satu hari Aidil datang dengan menaiki kereta lain. Bila saya tanya mana kereta, dia jawab perempuan tu ambil sebab tak benarkan dia jumpa anak. Aidil siap cakap, dia tebalkan muka untuk meminjam kereta kawannya semata-mata mahu pergi jumpa anak.

"Dua minggu sebelum mereka dinikahkan, Aidil juga mengadu yang dia tak mahu kahwin. Dan ketika dia cakap hal itu, Aidil mengatakan bakal isterinya itu sedang berparti di luar. Saya cakap dengannya, sepatutnya hal ini mengadu pada ibu bapanya, apa yang Aidil cakap adalah dia takut.

"Selain itu, Aidil juga pernah sewakan saya dan anak-anak sebuah bilik di hotel ternama di KL bagi memudahkannya pergi berjumpa anak. Sedangkan pada hari itu saya kena balik kampung. Mengenangkan dia teringin sangat nak jumpa anak-anak, saya batalkan penerbangan. Dan hal itu juga diketahui oleh bakal isterinya.

"Tidak hanya itu, Aidil juga mengadu yang habis duitnya digunakan bagi menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan,"

"Aidil ada cakap yang perempuan itu menggunakan akaun Instagramnnya untuk membalas semua komen-komen peminat yang mengkritiknya,"

"Saya bukan perempuan yang senang nak diperkotak-katikkan. Dia gunakan persengketaan kami untuk menutup salahnya. Apa yang saya ceritakan ini bukan fitnah tapi semuanya daripada mulut Aidil sendiri. Saya perlu bela diri kerana saya memang jenis yang lantang dan telus daripada bersikap 'silent killer' seperti dia," -Rita Rudaini.

No comments:

Post a Comment