Monday 23 June 2014

Wardina salahkan kerajaan isu budak OKU! siapa ADUNnya?

Beberapa hari lalu, imbul berita panas mengenai seorang kanak-kanak orang kurang upaya yang dijumpai ketika serbuan oleh pihak berkuasa dari rumah ke rumah.

Namun adik berkenaan kini sudah di dalam penjagaan rapi dan diberi layanan terbaik oleh kerajaan.

Bagi Wardina pula, isu seperti ini ada lah berpunca daripada kelemahan kerajaan dan menyalahkan kerajaan melalui laman sosial Instagram miliknya,.

Ni Adun Nilai tak turun Padang ke..

“Ini berlaku salah satunya berpunca dari ibu bapa remaja OKU itu tidak diberikan bantuan. Saya (di sini mahu) bandingkan bagaimana kita masyarakat orang Islam melayan anak anak istimewa ini dengan negara yang kononnya kafir,

“Di Australia, ibu bapa kepada anak OKU akan diberi pelbagai keistimewaan seperti elaun bulanan yang tinggi. Malah kawan saya mempunyai anak OKU kedua dua suami dan isteri tidak perlu bekerja kerana disuruh kerajaan untuk fokus menjaga anaknya yang OKU”

“Anak anak OKU dihantar ke terapi secara percuma. Dihantar ke sekolah OKU berkualiti dengan percuma dan ibu bapa diberi cuti percuma setiap tahun kerana kerajaan faham betapa tertekannya untuk menjaga kanak kanak istimewa ini”

“Ya, itu negara kafir. Anak anak istimewa dan OKU kita pula? Di mana nilai kita? Terpaksa ibu bapa memikul beban tanpa pertolongan dan sistem sokongan yang padu dari mereka yang sepatutnya. Saya cuma berkongsi realiti, terimalah,” petikan instagram Wardina

No comments:

Post a Comment