Tuesday 10 June 2014

Abby Abadi pasrah jika tidak dirujuk semula hari ini!

Abby Abadi mengakui harapannya untuk dirujuk semula oleh Muhammad Farhan tidak akan menjadi kenyataan dan ianya adalah tinggal harapan. Dan tidak mengharapkan ianya terjadi, namun menyerahkan semua itu kepada Allah SWT.

Ini dikuatkan lagi dengan status di Instagram miliknya baru-baru ini dimana digambarkan oleh anaknya sendiri, Marissa Dania Hakim
“Apa yang boleh saya katakan kalau berbaik memang ‘keajaiban’ berlaku. Jika sebaliknya, Allah lebih mengetahui apa yang diatur untuk saya. Saya reda,”
Abby dan Muhammad Noor Farhan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 29 Mei lalu bagi mendengar permohonan lafaz cerai.

Sehubungan itu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menetapkan 11 Jun (hari ini) bagi mendengar permohonan lafaz cerai kali pertama pemuda berkenaan ketika pelakon itu hadir bagi melaporkan lafaz cerai yang dibuat kali kedua.

Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Mereka bernikah di Selatan Thailand. -petikan mStar

No comments:

Post a Comment