Wednesday 25 June 2014

Hadiah kasut Aiman tanda hargai percintaan kepada Fathia

Wah bukan calang-calang kasut dijadikan hadiah, kalau dijadikan hadiah, pasti ianya kasut yang mahal dan hanya sekadar hiasan di rumah, hehe.

Inilah yang terjadi kepada pelakon, Nur Fathia apabila memuatnaik gambar kasut yang diakui adalah hadiah istimewa daripada kekasihnya, Aiman Hakim Ridza.

Kasut berjenama BCBG Maxazria itu adalah tanda dan lambang penghargaan Aiman kepada Fathia selama 2 tahun bercinta.
"Kasut itu dia beri hadiah ketika kami sama-sama menjalani penggambaran di Istanbul, Turki. Ia tidak sempena apa-apa hari istimewa pun.

Itu memang cara dia untuk hargai hubungan kami, dia jarang beri hadiah sebab dia mahu saya hargai satu-satu hadiah yang dia bagi,

"Apa yang saya boleh cakap hubungan kami semakin hari semakin baik dan keluarga dia juga baik dengan saya.

"Tentang peringkat seterusnya kami belum berbincang secara serius tetapi ada juga cakap-cakap tentang itu," -Fathia petikan mStar

No comments:

Post a Comment