Tuesday 3 June 2014

filem Abang Long Fadil kutip berjumlah.....

Tahniah kepada pengarah filem Abang Long Fadil, Syafiq Yusof dimana filem hasil arahanya itu berjumlah RM2.1 juta untuk 4 hari ditayangkan. Filem ini ialah kesinambungan daripada kisah KL Gangster, yang membabitkan watak Abang Long Fadil dan Malik yang ditahan dalam penjara.

Berbeza dengan KL Gangster yang lebih serius, filem ini pula berunsurkan komedi. Ia dilakonkan oleh Zizan, Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Sofi Jikan dan ramai lagi.

Filem yang dibina hasil naugan Skop Priductions milik ayahnya, Datuk Yusof Haslam cukup berbangga dengan hasil kutipan berkenaan. Andaian Datuk Yusof, angka itu akan menaik sekiranya tiada faktor '18PL' oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
“Saya akur dengan keputusan LPF, tetapi saya berharap pihak terbabit akan bersikap lebih terbuka selepas ini kerana Abang Long Fadil tidak mengandungi unsur ganas yang melampau. Bagaimanapun, sebagai orang lama dalam industri, saya menghormati dan faham kerja badan penapisan.

“Cuma, Syafiq yang agak kecewa apabila filem arahannya itu diberi klasifikasi 18PL dan menerima potongan sebanyak enam babak. Sedangkan di Brunei dan Singapura, filem ini lulus tanpa sebarang potongan.

“Klasifikasi yang diberuikan itu menyebabkan jumlah penonton filem Abang Long Fadil menjadi terhad. Jika tidak, filem ini boleh ditonton oleh seisi keluarga, bersesuaian dengan tarikh tayangannya yang jatuh pada cuti sekolah.

“Dengan klasifikasi yang diberikan itu, hanya penonton berusia 18 tahun ke atas boleh datang menonton. Akibatnya, jumlah penonton lebih merudum,” -Datuk Yusof. petikan Bharian

No comments:

Post a Comment