Tuesday 17 June 2014

Gambar bikini, Maria Farida dikecam

Agak terkejut juga melihat apa yang dimuatnaik gambar ke dalam Instagram oleh pemiliknya, Maria Farida iaitu gambar bikini aka baju dalam wanita. Namun akibat daripada tindakan Maria ini, ramai pengikutnya mula naik bulu dengan mengomen yang diluar batasan.

Gambar itu diberikan tajuk dengan berbunyi, Can't decide on which one... hmm

"Ia hanyalah sejenis pakaian mandi yang diletakkan di atas katil. Mereka (pengikut) melenting dan kecoh seolah-olah saya memakai bikini tersebut dan memuat naik gambar saya ke Instagram.

"Takkan mereka tak pernah melihat bikini sebelum ini? Dan saya tidak pernah suruh pun melihat foto-foto yang saya muat naik. Itu hanyalah pemikiran kotor mereka terhadap baju itu. Apa yang mereka cakap semua tidak masuk akal,"

"Bayangkan ada yang siap mengutuk dan pada masa sama memberi ceramah agama sedangkan apa yang mereka buat dengan mengutuk orang sudah menunjukkan ia salah di sisi agama Islam.

"Entahlah, bagi saya ia hanyalah perkara kecil sahaja dan rasa kelakar pula apabila ramai yang mengambil serius dengan foto tersebut.

"Saya tertanya-tanya adakah pengikut-pengikut lelaki yang memberi komen ini akan menutup mata mereka apabila melalui kedai-kedai pakaian dalam di pusat beli belah?" -Maria Farida petikan mStar.

No comments:

Post a Comment