Thursday 5 June 2014

Hanez Suraya mohon maaf tapi tidak kepada Liyana Manan?

klik untuk besarkan..
 
Baru-baru ini, Hanez Suraya dengan rendah hati sudah meminta maaf melalui laman sosial Instagram miliknya dengan di selit gambar permohonan maaf berkenaan. Ini dibuat atas kesilapan dan kesalahannya yang dia akui berlaku sebelum ini.

Namun Hanez tidak mahu mengulas apabila ianya ditanya samaada berhubung kait permohonan maaf kepada Liyana Manan.
“Kita sebagai manusia tidak pernah lari daripada (melakukan) kesilapan, secara rendah diri Hanez ingin memohon maaf kepada semua atas segala kesilapan Hanez. Hanez sedar banyak kesilapan yang telah dilakukan dalam sedar atau tidak”

“Saya tidak mahu komen tentang itu, cuma hari ini (Rabu) saya tergerak hati dan benar-benar ingin meminta maaf kepada semua orang,” tambah Hanez Suraya.

No comments:

Post a Comment