Wednesday 4 June 2014

Saya Sayang Nizam - Adibah Noor

Wah tahniah kepada penyanyi, Adibah Noor yang dikhabar sudah menemui bakal jodoh aka teman hidupnya. Persoalan ini mula timbul apabila Adibah dikabarkan rapat dengan penyanyi, Nizam Din yang juga penyanyi duet denganya untuk sebuah lagu berjudul 'Bahasa Rindu'. Kalau betul-betul ada niat nak bernikah, kami doakan yang terbaik sahaja. :)

Ini adalah ulasan Adibah Noor memetik portal GUA
“Saya dah jumpa jodoh saya, namun jodoh tak semestinya berakhir dengan perkahwinan

“Dia merupakan sahabat susah lebih daripada senang. Bagi saya, persahabatan itu juga jodoh, namun kami tidak ada perasaan cinta langsung. Saya sayang dia sebagai kawan. Kami dah kenal sejak tahun 1986 dan saya rasa dia merupakan sahabat sejati saya. Kami mengambil berat antara satu sama lain dan saya tahu dia akan berada di sisi saya sampai ke akhir hayat saya,

Lagu ini adalah kisah persahabatan kami berdua. Sayang jika tidak diabadikan kisah persahabatan kami dalam sebuah lagu. Lagipun Nizam mempunyai suara yang bagus dan misi saya memang mahu mengetengahkan bakat dia,”
Kata Nizam pula...
“Saya tersentuh sebab kami dah lalui macam-macam perkara dalam persahabatan kami. Apabila Adibah meletup (marah), sayalah yang akan jadi airnya, begitu juga sebaliknya. Saya juga berasa terharu kerana tak sangka akan dapat peluang yang sangat hebat sebegini,”

No comments:

Post a Comment