Thursday 26 June 2014

Aidil Zafuan didenda kes tuntutan nafkah

Bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan didenda RM300 je oleh mahmakah kerana gagal untuk datang di dalam perbicaraan nafkah dua anaknya semalam menurut laporan Murai.

Difahamkan Aidil berada di Kuching, Sarawak atas urusan kerjaya iaitu dimana pasukannya, JDT menentang Sarawak dimana JDT menang di dalam perlawanan itu sekaligus dinobatkan juara LIga SUper 2013/2014
“Sepatutnya defendan (Aidil) perlu beri komitmen dalam kes ini walaupun ada arahan daripada majikan (untuk menyertai perlawanan bola sepak). Tapi, perlu diingat kehadiran dalam kes ini adalah atas perintah mahkamah.

“Perlawanan bola sepak itu diadakan pada sebelah malam dan prosiding ini berlaku pada waktu siang, sepatutnya majikan perlu ambil inisiatif untuk sediakan penerbangan lewat bagi membolehkan defendan hadir. Alasan remeh temeh menyebabkan kes tertangguh. Justeru, saya harap defendan dapat berikan komitmen selepas ini,” -Peguam Rita
Terdahulu, Mohd Zaidi memaklumkan kepada mahkamah pihaknya tidak berhasrat untuk meneruskan soal balas terhadap defendan dan meneruskan kes dengan soal semula peguam defendan terhadap defendan.

No comments:

Post a Comment