Wednesday 18 June 2014

Irma Hasmie bakal timang anak ke-2 berjantina perempuan!

Memetik sumber portal mStar, Irma Hasmie dan suaminya, Reza Syah Azmeer yang diketahui umum bakal menimang cahaya mata ke-2 tidak lama lagi.

Baru-baru ini Irma yang ditemani suaminya, pergi membuat pemeriksaan lanjut, dan mendapati mereka bakal menimang cahaya mata berjantina perempuan.

Irma yang sangat terkejut dengan pengesahan doktor itu mengakui dia berasa bersyukur kerana doanya termakbul dimana sebelum ini dia inginkan anak perempuan.
"Mula-mula saya resah juga kerana sudah beberapa kali buat imbasan sebelum ini masih belum nampak jantinanya dan Alhamdulillah akhirnya doktor mengesahkan bakal mendapat bayi perempuan.

"Saya paling teruja berbanding suami kerana saya memang mengimpikan mendapat anak perempuan dan Insya-Allah lengkap keluarga kami kerana sebelum ini saya sudah dapat anak lelaki," Irma Hasmie

No comments:

Post a Comment