Tuesday 3 June 2014

Ac Mizal mahu tubuhkan semula 4U2C, anda dijemput sertai!

Wah dengar khabar yang Dato' Ac Mizal bakal membuat satu projek khas untuk membangunkan semula kumpulan 4U2C, dimana dia akan mencari dan merekrut ahli baru untuk kumpulan yang pernah dianggotainya satu masa dahulu.
“Sebenarnya saya tidak rancang pun tentang projek ini, ia datang begitu sahaja apabila saya sedang duduk dan terkenang masa lalu bersama 4U2C.

“Saya tidak nafikan selepas saya membuat keputusan untuk membubarkan 4U2C, saya tidak dapat lupakan memori indah itu. Ia merupakan satu kenangan yang terindah.

“Oleh sebab itu saya mengambil keputusan untuk membuat projek istimewa ini dengan ahli yang baru untuk mengabadi dan memperingati kenangan terhadap 4U2C.

“Selain itu, projek ini juga merupakan hadiah kepada peminat-peminat yang sentiasa menyokong kami,”

“Saya akan tubuhkan ‘batch’ baru 4U2C di mana keenam-enam adalah ahli yang baru kecuali saya. Alhamdulillah setakat ini saya dah berjaya pilih empat orang jadi masih berbaki dua orang.

“Saya akan jumpa mereka nanti untuk melihat kredibiliti mereka secara langsung kerana sebelum ini mereka hanya menghantar video nyanyian serta tarian mereka menerusi Instagram dan Twitter saya.

“Mereka yang telah dipilih ini merupakan peminat 4U2C malah siap tunjukkan lagi album yang pernah ditandatangani oleh saya suatu ketika dulu.

“Mungkin pada minggu hadapan kami akan masuk ke studio rakaman kerana single ini akan dikeluarkan sebelum bulan Ramadan.” -Dato' Ac Mizal. petikan Murai

No comments:

Post a Comment