Friday 30 May 2014

Gambar Erra, Emran bawa Alessya daftar darjah satu

Memetik portal GUA, Engku Emran dikatakan menunjuk-nunjuk, apabila ada sekeping gambar menunjukkan dia dengan Engku Alessya serta bekas isterinya, Erra Fazira dimuatnaik ke dalam laman sosial miliknya. Gambar itu adalah gambar mereka membawa Alessya untuk kemasukan darjah satu buat Alessya

Kelakuaan seperti ini dianggap pelik, memandangkan mereka sudah bercerai, dan bukan suami isteri yang sah lagi. Ada yang mendakwa ianya salah satu cara Engku Emran mahu memikat semula bekas isterinya itu.

Namun Erra yang memetik sebuah portal Hiburan berkata, cara Emran itu dibuat adalah untuk menunjukkan contoh ibu bapa yang sudah bercerai dengan cara berbaik-baik dan juga tanggungjawab terhadap hasil zuriat mereka.

Jelas Erra lagi, berbaik-baik tidak semestinya kena merujuk atau kembali bersatu sebagai pasangan suami isteri.

No comments:

Post a Comment