Monday 19 May 2014

Zain Saidin nekad rambut berwarna perang

Dari sudut padang agama Islam, lelaki muslim makruh memwarnakan rambutnya yakni dari hitam ke warna lain dengan syarat lain yang sudah ditetapkan agama dan ulama.

Namun bagi Zain Saidin, dia berdegil dengan tidak mahu lagi menukar warna rambutnya yang berwarna perang itu ke hitam.

Baginya dia mahu kekal dengan imej begitu. Bukan kekal sampai ke liang kubur, tapi untuk sebuah tele-TV, watak Mr. Henry Middelton sehingga penggambaran siri berkenaan tamat yang dijadualkan pada akhir tahun ini.
"Ikutkan hati memang saya ingin kembali kepada warna rambut asal tetapi kerana terikat dengan Oh My English! saya perlu kekalkan warna 'blonde' ini buat sementara waktu.

"Saya sedar banyak orang mempertikaikan tentang imej saya ini tetapi mungkin kerana mereka tidak faham tentang tujuan sebenar saya mewarnakan rambut," -Zain Saidn. petikan mStar

No comments:

Post a Comment