Thursday 22 May 2014

Hanez Suraya saman MAS

Wah, punya berani Hanez Suraya bagi membersihkan nama baik dan hak pribadinya, dia telah memfailkan saman kepada syarikat penerbangan koglemerat tempatan, MAS. Ianya adalah disebabkan pendedahan tiket penerbangannya dengan kekasihnya, Romie Razin yang dfihamkan ke Bangkok Thailand bulan April lalu.

Menurut laporan mStar, Hanez dan Romie beberapa jam selepas mendarat di Bangkok, mereka diberitahu oleh rakan mereka dimana salinan tiket penerbangan mereka telah dimuatnaik ke dalam laman sosial Facebook, Kami Sokong Liyana Manan.
“Saya mengambil tindakan atas dasar privasi. Perkara ini tidak patut berlaku kerana pihak tersebut merupakan sebuah syarikat penerbangan gergasi. Pihak mereka tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan tidak boleh melakukan perkara tersebut,”

"Apabila perkara ini terjadi, saya dan peguam cuba berbincang dengan pihak MAS terlebih dahulu untuk menyelesaikan perkara ini secara baik. Namun begitu, usaha yang saya lakukan gagal mendapat kerjasama.

"Kalau boleh saya memang tak mahu membesarkan cerita. Tak mahu pun ambil tindakan undang-undang. Tapi dalam masa sebulan, usaha saya untuk berbincang bersama mereka gagal. Persoalan saya tidak dijawab oleh mereka dan mereka tak memberi saya kerjasama. Saya tidak boleh berdiam diri,” -Hanez Suraya

No comments:

Post a Comment