Sunday 11 May 2014

Brian McKnight cium pembaca berita TV3?

Baru-baru ini penyanyi R&B, Brian McKnight dari Amerika Syarikat telah membuat satu konsert pada hari Jumaat yang lalu di PWTC Kuala Lumpur dengan dihadiri hampir 2000 orang penontoh

Brian McKnight difahamkan pernah datang ke Kuala Lumpur pada tahun 2000 yang lalu. Persembahan nyanyian seperti biasa, namun ada kejutan yang dibuat oleh Brian McKnight.

Beliau memilih penonton bertuah untuk naik ke pentas. Mengikut informasi peminat itu adalah, Anita (pembaca berita Nightline, TV3).

Brian sempat bertanyakan kepada gadis tersebut sama ada dia sudah mempunyai teman lelaki atau tidak. Anita menjawab, "sudah". Lalu Brian berkata, "kalau begitu, boleh tak benarkan saya jadi teman lelaki awak untuk 5, 6 minit ini saja?", "Boleh", jawab Anita sambil tersenyum.

Ada adegan Brian McKnight nak ambil kesempatan nak mencium bibir Anita, namun Anita berjaya mengelak pelawaan tak senonoh Brian McKnight itu. Tapi mereka sempat berpelukan pulak. @#$%^& -sumber MalaysianDigest | gambar Facebook SelebritiOnline
Baca lagi »

No comments:

Post a Comment