Sunday 11 May 2014

Gambar perkahwinan deejay Chad, Haris

Penyampai radio Hot FM, Chad (Nur Shazrena Abd Rahim), sah bergelar isteri kepada gitaris kumpulan Klangit, Mohd Haris Muhamad di kediaman Chad yang terletak di Telok Mas, Melaka pada malam Jumaat.

Akad nikah berlangsung sekitar jam 9.41 malam dengan mas kahwin RM100 dan hantaran berjumlah RM20,000.

Sebanyak lima dulang hantaran diberikan oleh pihak pengantin lelaki kepada pengantin perempuan yang berupa tas tangan, kek, jam tangan, sirih junjung dan sepersalinan telekung bersama sejadah. Manakala pengantin perempuan membalas dengan tujuh dulang berupa jam tangan, buah-buahan, coklat manisan, kasut, sirih junjung, sejadah dan sepersalin baju.

Majlis resepsi pasangan ini bakal berlangsung di kediaman Chad pada Sabtu, 10 Mei 2014.

Chad dan Haris mengikat tali pertunangan pada tanggal 18 Ogos 2013. -sumber portal GUA
Baca lagi »

No comments:

Post a Comment