Wednesday 28 May 2014

Abby failkan perceraian hari ini

Keretakan rumah tangga pelakon Abby Abadi nampaknya tidak dapat diselamatkan lagi apabila pelakon itu akan memfailkan perceraiannya pada hari ini.

Menurut portal mStar, Abby akan memfailkan perceraian terhadap Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Mereka bernikah di Selatan Thailand.

No comments:

Post a Comment