Tuesday 20 May 2014

Tahniah, Idayu AF bergelar isteri (2 gambar)

Tahniah kepada Idayu AF3 atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu yang kini sudah bergelar isteri kepada pasangannya, Shahrul Fadzil pada 15 Mei lalu di rumah Idayyu dekat Pasir Hor, Kota Bharu, Kelantan.

Mereka dipertemukan apabila masing-masing belajar di tempat satu belajar yang sama iaitu di UiTM dalam bidang Seni Muzik menurut laporan Murai.

Idayu menerima mas kahwin beserta wang hantaran berjumlah RM15,000 selain menerima 9 dulang hantaran dan membalasnya dengan 9 dulang juga.

Mereka mahu merancang berbulan madu di 3 destinasi utama iaitu, Langkawi, Tokyo dan akhir sekali di Bali. -gambar Murai | MediaHiburan


No comments:

Post a Comment