Monday 19 May 2014

Taste Saleha hanya lelaki berdarah kacukan!

Umum mengetahui yang Siti Saleha ada menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki yang wajahnya seakan-akan mat salleh. Namun lelaki ini mahu diletakkan oleh Saleha sebagai aset privasi yang identiti dan namanya tidak boleh diketahui umum.

Baru-baru ini, berkesempatan Siti Saleha membawa kekasihnya itu untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan seorang penerbit filem.
"Itulah kali pertama saya bawa dia menghadiri majlis secara terbuka,"

"Dia seorang pemuda kacukan, tapi saya tak boleh beritahu kacukan apa. Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini saya selesa dengan dia,"

"Dia penyayang dan matang. Lebih penting, saya dapat rasakan yang kami serasi antara satu sama lain.

"Kami suka melancong,"

"Kami masih lagi dalam fasa mengenali hati budi masing-masing. Lagipun, saya masih muda. Nak fikir fasal kahwin dalam masa terdekat ini belum lagi rasanya.

"Saya belum bersedia nak kahwin,"

"Kami dah pernah jumpa ahli keluarga. Mereka okey. Penerimaan keluarga pun baik," ujarnya.

"Sejujurnya, selera saya memang lebih kepada lelaki berdarah kacukan. Tapi itu tidak bermaksud saya tak pandang langsung lelaki tempatan," -Siti Saleha. petikan Kosmo!

No comments:

Post a Comment