Tuesday 27 May 2014

Nina Iskandar bertudung sebab Hudud

Menurut portal mStar semalam, Nina Iskandar yang kini bertudung sebenarnya dia mengakui sebab-sebab mengapa dia bertudung adalah kerana menghormati negara kelahirannya iaitu Brunei yang menegakkan undang-undang syariah aka Hudud.

Sebab utama dia bertudung adaalh disebabkan keikhlasan dari lubuk hatinya yang mendalam.
"Brunei telah melaksanakan undang-undang syariah dan hudud, jadi sebagai rakyat dan wanita beragama Islam saya mahu membawa imej negara saya atas rasa hormat yang mendalam.

"Bagaimanapun perubahan saya ini bukan semata-mata kerana undang-undang baharu itu tetapi ia ikhlas dan datang daripada hati sendiri,"

"Sebelum ini saya sering pakai tudung jika keluar untuk cuba sama ada saya selesa atau pun tidak dan baru-baru ini hati saya terus terbuka untuk terus mengenakan hijab dan saya berasa begitu tenang.

"Perubahan ini juga sebagai salah satu persiapan untuk diri sendiri kerana jika tidak mulakan sekarang, bila lagi?," -Nina

No comments:

Post a Comment