Tuesday 20 May 2014

Puteri Sarah kembalikan semangat Syamsul

Menurut laporan mStar, Syamsul Yusof kini sudah mula berani untuk keluar dikhalayak umum dimana dia memberitahu yang isterinya, Puteri Sarah Liyana memberi dorongan dan semangat kepadanya.

Sebelum ini Syamsul dikatakan kecewa dan tidak berani muncul akibat filemnya iaitu KL Gangster 2 di cetak rompak (keluar awal sebelum penayangan) pada 3 Oktober 2013.

Syamsul ditemui pada majlis pra tonton Abang Long Fadil (arahan adikny, Syafiq) di GCS One Utama baru-baru ini.
"Saya sudah boleh terima hakikat (isu filem dicetak rompak). Selepas kahwin, isteri banyak memberi dorongan dan semangat untuk saya kembali ke dunia seni,"

"Saya dapat rasa ada perubahan dalam diri lepas kahwin, tetapi tak boleh nak cerita kepada semua,"

No comments:

Post a Comment