Tuesday 20 May 2014

Baju gambar payu dara, Sharifah Sakinah dikecam

Lagi satu kes yang timbul mengenai Sharifah Sakinah. Mengenai baju yang tertera gambaran sebuah aset wanita yang sangat kontroversi.

Tujuan sebenar penayangannya adalah untuk kempen kanser payudara, namun disalah ertikan oleh ramai pihak dengan mengecam beliau sebagai seorang yang tidak sensitif.

Lalu Sharifah terpaksa memadamkannya dan mengakui ianya tiada kena mengena dengan produk kesihatan miliknya.
"Foto itu berkaitan dengan sebuah kempen. Saya pun pelik kalau perkara buruk itu cepat sahaja menular walaupun orang ramai tak tahu kebenarannya.

"Ia hanyalah tujuan untuk kempen saja. Tapi, disebabkan foto itu jadi kontroversi, saya dah pun padamkannya,” - Sharifah Sakinah. petikan Sinar Harian

No comments:

Post a Comment