Wednesday 16 July 2014

Selebriti pakai baju perkataan lucah (2 gambar)

Pelik sungguh melihat beberapa orang memakai pakaian t-shirt dengan tulisan yang melucahkan mengenai alat kemaluan lelaki dan tulisan kerjaya tidak bermoral wanita murahan. Gambar diatas menunjukkan seorang selebriti dengan pemakai baju berkenaan, Joe Flizzow.

Menurut sumber, t-shirt berkenaan adalah dibuat dan dijual oleh sebuah kedai online Instagram bernama Inparliament, namun laman berkenaan sudah dibuang oleh pemiliknya.

Selain Joe yang dikaitkan bersama, penyanyi, Arabyrd juga dikatakan memakai t-shirt berkenaan sambil tersenyum gembira.

Joe telah mengakui kesilapannya ini dan terbaharu dia telah memohon maaf melalui laman sosial twitter miliknya dan selepas ini berhati-hati akan kesensitiviti yang menyangkut mengenai bangsa dan agama.

Ish apa nak jadi la dunia zaman sekarang, rasa malu sudah tiada lagi..

No comments:

Post a Comment