Thursday 3 July 2014

Noraniza Idris akui mahu bersara daripada menyanyi..

Penyanyi yang pernah terkenal dengan lagu-lagu etnik di Malaysia satu masa dahulu, Noraniza Idris yang ditemui baru-baru ini mengakui dirinya kini menyepi daripada industri anak seni.

Memetik portal GUA, di dalam kesunyiannya itu, dia memilih untuk mendekatkan diri dengan ilmu agama (mempelajari). Dan akhirnya dalam niat untuk meninggalkan dunia seni seperti menyanyi tidak lama lagi, namun tidak menafikan hanya aktif untuk dibelakang tadbir sahaja.
"Saya akan lebih aktif di belakang tabir seperti terlibat dengan produksi dan pembikinan album artis di bawah naungan syarikat saya dan sebagainya. Tapi saya bukanlah bersara dari bidang nyanyian.

Cuma saya akan lebih beri tumpuan dalam mendalami ilmu agama. Ini permintaan suami dan saya rasa dah tiba masanya saya ikut haluan dia pula," -Noraniza.

No comments:

Post a Comment