Monday 14 July 2014

Hubungan Umie Aida, Khairuddin kini semakin.....

Memetik portal Bharian semalam difahamkan yang pasangan suami isteri, Datin Paduka Umie Aida dengan Datuk Paduka Khairuddin kini hubungan mereka beransur-ansur pulih.

Ini dibuktikan dengan kelibat mereka berdua baru-baru ini yang muncul di Masjid At Taqwa untuk menziarahi makam Allahyarmah Datin Sharifah Aini selain daripada menjadi host bersama untuk majlis amal berbuka puasa bersama-sama anak yatim.

Beberapa hari lalu timbul isu dimana kelibat Umie yang ternampak di perkarangan Mahkamah Syariah dimana desas desus dia memfailkan permohonan cerai adalah tidak benar.

Dia ke sana adalah disebabkan satu urusan untuk mendapatkan cop semata-mata dan bukan mahu bercerai.

Apa-apa pun hubungan mereka kini semakin baik dan sudah menjadi kebiasaan rumahtangga bergolak seperti asam garam di dalam kehidupan, namun mereka mampu dan berjaya mengharunginya.

Dalam hal lain, mereka akan pergi menunaikan umrah untuk mengambil keberkatan Ramadan yang mulia ini.

No comments:

Post a Comment