Friday 4 July 2014

Datuk Sharifah Aini meninggal dunia di bulan Ramadan

Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi tadi, Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat fibrosis paru-paru atau paru-paru berparut.

Berita kematian penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu disahkan oleh rakan baik Allahyarham iaitu Aishah Ali.

Sharifah Aini pada Selasa lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami kesukaran bernafas namun keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Aliff Omar Ali.

Dalam pada itu, jenazah Allahyarham dijangka dibawa ke Masjid Al Taqwa Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur selepas solat Subuh sebelum dikebumikan. -mStar

Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan mendapat keberkatan meninggal dunia pada bulan suci Ramadan yang mulia ini. Amin.

No comments:

Post a Comment