Wednesday 2 July 2014

Gambar memasak bersama Nora-Nadem, timbul isu lagi..

Kisah antara pasangan kekasih paling top tahun ini, Nora Danish dengan Nadem telah menimbulkan banyak isu dan gosip.

Yang terbaru mengenai mereka adalah berkenaan dengan sekeping gambar yang dimuatnaik oleh Nadem di laman sosial Instagram miliknya dimana menunjukkan Nora Danish turut bersama dengannya di dalam rumah.

Tujuannya adalah untuk berbuka puasa, tajuk gambar itu adalah “Preparing for berbuka. Ned vs. Nora”. Namun dengan tersebarnya gambar itu, pelbagai komen positif dan negatif dilemparkan kepada mereka berdua.

Ada yang menganggap mereka hanya berdua sahaja, namun ianya adalah bersama-sama dengan keluarga Nadem sendiri. Pelbagai komen dari peminat membuatkan pasangan ini lebih kuat dan bersemangat untuk menjadi suami isteri kelak, daripada terus goyah dan akan berpisah.

Doakanlah mereka kahwin cepat ek, Nadem dah cukup mampu untuk kahwin tu.

No comments:

Post a Comment