Wednesday 2 July 2014

Ikhwan putus tunang kali ke-2, lepas ni mahu nikah terus!

Deejay terkenal Hot FM, Ikhwan telah mendapat berita sedih dimana dia kini sudah putus dengan tunangnya, Natasha Nadia.

Sekaligus adalah yang ke-2 kalinya musibah ini menimpa Ikhwan dalam proses pertunangan.
“Saya mengakui telah putus tunang secara baik pada Awal Muharram lalu. Keluarga saya telah pergi ke rumah tunang saya bagi memutuskan ikatan tersebut secara baik. Enggan mengaibkan mana-mana pihak, keputusan ini dibuat atas sebab peribadi.

Kami tidak lagi berhubung kerana masing-masing meneruskan kehidupan, namun saya sedih kerana kehilangan orang baik di sekeliling seperti ahli keluarganya. Saya masih lagi mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluargnya dan saya juga rapat dengan abang kepada bekas tunang saya itu,”

“Tidak mustahil ada yang menuding jari kepada saya dan mempunyai persepsi bahawa saya yang bermasalah dalam hubungan. Namun, saya memilih untuk memandang positif setiap benda yang berlaku dan berpendapat bahawa Allah telah merancang yang terbaik untuk kita semua.

Selepas ini sekiranya saya berjumpa dengan seseorang, saya merancang untuk terus menikah. Banyak dugaan dalam bertunang ini dan saya tidak sanggup untuk berhadapan dengan situasi begini lagi,” -Ikhwan petikan Gua

No comments:

Post a Comment