Monday 7 July 2014

Bekas isteri Sham Kamikaze dedah kecurangan..

Semua orang sudah mengetahui yang hubungan diantara Sham Kamikaze dengan isterinya, Nurul Halimin adalah tidak sah dan terbatal pada minggu lalu.\

Ia disebabkan pernikahan diantara mereka berdua dijalankan oleh wali hakim yang tidak diiktiraf atau tidak sah mengikut syarat-syarat sah nikah.

Namun belum selesai lagi permasalah ini, timbul lagi isu dimana bekas isterinya, Farazila mendedahkan satu lagi kecurangan Sham melalui sisipan akhbar B'Pop hujung minggu lalu.
“Sham melafazkan talak kepada saya pada jam 7 malam, 1 September 2011 bersamaan 3 Syawal. Puncanya berkaitan dengan sikap mata kerajangnya. Bukan saja dikaitkan dengan Nurul Halimin, tetapi dia juga bersama wanita lain yang berhijrah ketika itu.

Bagaimanapun Sham datang merujuk secara perbuatan di rumah keluarga saya di Batu Pahat, Johor selepas 15 hari melafazkan cerai. Saya terpaksa akur dan duduk kembali bersamanya di kediaman di USJ, Subang, sehinggalah saya ingin memfailkan penceraian pada Ogos 2012 apabila menjumpai bukti cakera keras yang merakamkan kecurangan bekas suami itu. Lima cakera keras itu kini berada di simpanan pihak polis.

“Maknanya saya masih isterinya ketika dia berkahwin secara senyap-senyap dengan Nurul Halimin. Saya dan Sham bercerai kerana saya tahu kecurangannya. Saya tahu apa yang saya katakan ini akan menjadi bahan kritikan penyokong Sham. Saya tidak peduli kerana saya tahu penyokongnya masih buta hati.

“Saya sudah beri amaran, jangan kaitkan nama saya lagi. Selama ini sudah lama saya berdiam dan sabar apabila kenyataan saya dianggap fitnah dan tuduhan liar, sedangkan Sham tahu apa yang dilakukan.

“Apakah hukumnya apabila seorang suami menafikan perkahwinannya? Bukankah sudah jatuh talak apabila menafikan perkahwinan secara terang-terangan? Adakah dengan kenyataan ini orang di luar masih mengatakan saya membuat tohmahan dan dakwaan liar. Kenapa sekarang Sham berani memutar belit kenyataan mengatakan dia berkahwin kali kedua dan bukannya berkahwin dua, sedangkan ketika berkahwin, saya masih isterinya!!

“Di sini saya berharap orang luar dapat membuat pertimbangan sendiri. Layakkan manusia sebegini diangkat sebagai pendakwah sedangkan beliau suka berbohong? Saya pelik sebagai seorang penceramah yang sibuk membetulkan kesalahan orang sana sini, tidakkah Sham tahu rukun pernikahan sehingga melantik orang yang tidak bertauliah.” -Farazila

No comments:

Post a Comment