Thursday 3 July 2014

Bawa slip gaji ke butik Fareeda, itu fitnah - Fizo Omar

Baru-baru ini, kecoh lagi mengenai perniagaan tudung Fareeda, dimana ada sebuah kenyataan di laman sosial milik individu yang mendakwa perlu membawa slip gaji tiga bulan untuk datang ke mana-mana butik sah yang menjual tudung Fareeda.

Fizo Omar yang ditemui wartawan mStar, agak kecewa dan ianya seperti memburuk-burukkan lagi nama baik perniagaan yang dimiliki oleh isterinya, Mawar.
"Itu semua fitnah dan tuduhan itu langsung tidak berasas. Secara logiknya, mana ada kedai yang meletakkan syarat perlu membawa slip gaji sebelum dibenarkan masuk kedai?

"Butik-butik berjenama mewah pun tidak meletakkan syarat seperti itu. Bagi saya gosip itu adalah khabar angin kosong yang sengaja mahu menjatuhkan nama baik syarikat,

"Biasalah, apabila sesebuah jenama barangan sudah menjadi popular, mulalah ada yang dengki. Rasanya itu adalah satu perkara normal yang terjadi kepada mana-mana perniagaan," -Fizo

No comments:

Post a Comment