Sunday 13 July 2014

Bazar Ramadan rasa sampah! - Azwan Ali

Azwan Ali sekali lagi buat kontroversi melalui laman sosial Twitter miliknya. Kali ini berkaitan juadah berbuka puasa bersempena bulan Ramadan di pasar-pasar bazar.

Azwan mendakwa sebilangan kecil juadah di bazar adalah dianggap low class berbanding tempat makan lain yang menepati citarasanya.

Namun memetik portal Murai, Azwan enggan menarik balik kenyataannya itu, dan mahu mempertahankan kebenaran yang ada di dalam kenyataannya itu.

Admin juga pernah mengalami situasi yang sama dengan Azwan, beli nasik kandar ada telur lalat, nasib tak termakan. huhu
“Cuba baca balik apa yang saya tulis… Saya menggunakan perkataan ‘most’ jadi maksud dalam bahasa Melayunya ialah kebanyakkan.

“Saya tak tujukan kepada semua bazar tetapi saya kata kebanyakkan… Kenapa mereka mesti marah? Kalau mereka sediakan juadah dengan betul dan ikhlas tak patutlah rasa marah.

“Walaupun saya diugut oleh peniaga bazar saya tak takut sebab apa yang saya kata ini adalah benda yang wajar,”

“Punca saya memuat naik status itu di laman sosial adalah kerana saya berasa tidak puas hati dengan juadah yang saya beli di sebuah bazar.

“Saya beli martabak dan apabila tibanya waktu berbuka rupa-rupanya martabak itu dah basi… Bawang yang basi mereka campurkan dalam murtabak.

“Kalau nak berniaga biarlah ikhlas, janganlah nak fikir keuntungan sahaja… Perkara-perkara begini boleh membawa kepada keracunan makanan,” -Azwan

No comments:

Post a Comment