Tuesday 15 July 2014

Azwan Ali mohon maaf isu hina bazar Ramadan

Gara-gara menghina sebilangan peniaga bazar Ramadan kerana makanan yang dijual mereka dianggap sampah oleh Azwan Ali akhirnya mendapat reaksi yang memakan diri sendiri oleh Azwan.

Azwan menerima tamparan hebat apabila ada segelintir peniaga telah melemparkan kata-kata makian dan ugutan yang boleh ditakrifkan kepada kes bunuh.

Dalam hal itu juga, Azwan dengan bebesar hati telah memohon maaf atas kenyataannya sebelum itu. Baguslah seperti ini, semoga dari kesilapan kita boleh belajar erti kebaikkan.
"Status itu bukanlah ditujukan pada semua bazar sebaliknya saya tulis perkataan most yang bermaksud kebanyakan.

"Tetapi, saya dimaki hamun malah diugut oleh semua peniaga bazar.

"Mereka kata mahu 'mencincang saya hidup-hidup' sekiranya saya menjejakkan kaki ke mana-mana bazar sekalipun,"

"Saya bukan sengaja hendak memburuk-burukkan peniaga bazar, tetapi apa yang saya katakan ada benarnya.

"Lihat, apa yang terjadi selepas dua tiga hari saya muat naik status? Ada pula kes keracunan di bazar Ramadan sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak koma.

"Malah, apa yang saya lihat, rupa-rupanya masyarakat kita ini tidak boleh ditegur secara terus dan terbuka,"

"Oleh itu, sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang ini, saya ingin mohon maaf kepada semua.

"Tetapi, kalau ada yang tak mahu maafkan saya atau berdendam dengan saya, tak mengapalah," -Azwan Ali petikan SinarHarian

No comments:

Post a Comment