Sunday 13 July 2014

Khadijah Ibrahim buka syarikat makanan segera

Kalau buka perniagaan sendiri selain dari hasil anak seni, itu sudah bagus dan ada kemajuan di dalam mencari wang sampingan tanpa mempertaruhkan 100% kehidupan untuk dunia seni sahaja.

Ramai rata-rata selebriti dah berbuat demikian. Terbaru mengenai pelakon Khadijah Ibrahim yang telah membuat syarikat makanan segeranya sendiri.

Ada seseorang yang ternampak pakej tertera wajah dan nama Khadijah Ibrahim di salah sebuah pusat membeli belah tempatan.

Baguslah seperti ini, semoga kita menyokong dan mengutamakan produk tempatan dan orang Melayu khususnya. -gambar Forum Cari

No comments:

Post a Comment