Saturday 26 July 2014

Abby Abadi Berniqab dan Berkening Original! (7 Gambar)

Hari Raya tahun ni pastinya Abby Abadi tidak semeriah tahun lalu, kini dia keseorangan ditemani anak-anak tanpa kelibat seorang lelaki bernama suami.

Bercerita pula mengenai dirinya, Abby kini difahamkan sudah berniqab dengan menutupi sebahagian besar hidung dan mulutnya.

Selain daripada itu (video), isu mencukur kening juga Abby kini telah membela kening yang original, dan dia bangga dengan perubahan itu juga.

Mungkin perubahan drastik ini bagi membaiki diri kearah lebih istiqamah dan diredhai.
Baca lagi »

Mazidul Akmal Sidek kena strok, keadaan kritikal!

Amat menyedihkan apabila pengacara/wartawan yang lantang dan tegas, Mazidul Akmal Sidek terlantar sakit di hospital Pantai Medical Centre.

Menurut portal Murai, dia dimasukkan ke hospital itu sebab terkena serangan strok. Menurut penjaganya, keadaan Mazidul agak tenat dan belum lagi dalam keadaan pulih sepenuhnya setelah melalui satu sesi pembedahan untuk membuang separuh daripada tempurung kepalanya.

Semoga Mazidul kembali sihat dan pulih seperti sediakala.
“Penyakit asal kena darah tinggi, makan durian terus kena stroke macam ni, operation, tempurung kepala dibuang separuh, otak diambil suku, simpan dalam perut utk beberapa ketika... then paralysed hingga hujung nyawa..." -sumber.

Kereta mewah Audi miliki Fizo terlibat kemalangan!

Dengarnya kereta mewah milik Fizo Omar berjenama Audi terlibat dengans satu kemalangan kecil yang berlaku baru-baru ini.

Saksi melihat kerta itu remuk di sekitar jalan di Kuala Krai Kelantan lalu mengambil gambar kereta berkenaan secara live.

Difahamkan lagi, kereta berkenaan dipandu laju ketika cuba memotong kereta lain sebelum berlanggar.

Akui Fizo, dia dan isterinya, Mawar tidak menaiki kereta berkenaan namun selamat sampai ke Kota Bharu dengan kereta lain.

Kereta berkenaan dinaiki oleh ahli keluarga Fizo.

Farid, Diana siapkan 5 pasangn baju Raya!

Difahamkan pasangan selebriti, Farid Kamil dengan isterinya, Diana Danielle akan beraya dengan skala agak sederhana. Mereka sudah memiliki 5 pasangn baju raya masing-masing untuk dikenakan sepanjang raya nanti.

Ini juga termasuk persiapan terhadap anak sulung mereka, Muhammad.
"Rasanya, tahun ini adalah tahun paling dahsyat kerana saya ada lima pasang baju raya! Semuanya Diana yang uruskan.

"Walaupun nampak macam hebat persiapan raya tahun ini, tetapi sebenarnya saya sekeluarga menyambut secara sederhana sahaja tetapi tetap meriah,” -Farid Kamil petikan portal mStar

Thursday 24 July 2014

Gambar Kekasih Yana Samsudin?


Dengarnya pelakon, Yana Samsudin rapat dengan seorang jejaka bernama Fadzil Zahari yang bekerjaya sebagai seorang penulis skrip. Kisah ini diceritakan melalui akhbar Berita Harian semalam, namun Yana menafikan mereka menjalinkan hubungan mesra dan tidak lebih dari seorang kawan.

Nak baca lanjut, klik pada gambar untuk besarkan.

Che Ta, Zain Saidin sudah siap 10 baju Raya!

Hari Raya bakal tiba, bagi selebriti suami isteri, Rozira Che Wan aka Che Ta dengan Zain Saidin, pastinya mereka sudah tidak sabar untuk beraya bersama pertama kali di Hari Raya, terutama Che Ta yang hamil 6 bulan ketika ini.

Dengarnya, Che Ta sudah membuat persiapan dimana dia telah menyediakan 10 pasang baju dia dengan Zain untuk kegunaan Raya nanti.
“Segala persiapan Raya sudah selesai. Saya menyediakan 10 pasang baju Raya yang terdiri daripada warna hijau pucuk pisang, biru dan banyak lagi. Saya juga menyediakan 10 pasang baju Raya untuk Zain untuk dipadankan dengan saya nanti.

Untuk anak-anak pula, saya sediakan sebanyak tiga pasang Baju Melayu yang selebihnya adalah baju-baju kasual biasa. Biasalah anak-anak remaja kini lebih selesa menggayakan baju kasual berbanding Baju Melayu. Selalunya Baju Melayu hanya dipakai pada Hari Raya pertama dan kedua sahaja,”

“Tahun ini berbeza kerana saya bakal beraya di rumah mak mertua pada hari raya pertama. Malah, Zain turut meminta saya untuk memasak lontong sempena Raya nanti. Walaupun mudah dan ringkas, namun sambal itu memainkan peranan penting untuk menjadikannya sedap.

Kami sekeluarga akan pulang ke Kedah untuk sambung beraya di kampung saya pula sehingga raya kelima. Raya keenam Zain sudah kembali bekerja dengan menjalani penggambaran untuk telemovie Oh My English,” -Che Ta petikan portal GUA

Mila Jirin sudah bertudung? (4 gambar)

Sejak 23 Julai lalu, penyanyi, Mila Jirin telah mengejutkan pengikut Instagram miliknya. Dia memuatnaik beberapa gambar dia bertudung.

Tidak dinyatakan ianya untuk urusan rasmi agama atau sesebuah acara anak seni. Namun melihatnya sebagai satu tanda positif yang memungkinkan Mila Jirin sudah bertudung.

Apa-apa pun diharap tanggapan ini adalah realiti kan. :)
Baca lagi »