Monday 10 March 2014

Shaharuddin Thamby sah bercerai?

Sudah lama tidak mendengar berita pelakon sensasi lelaki, Shaharuddin Thamby. Namun berita yang memetik portal Utusan baru-baru ini, menyebutkan yang rumahtangga Shaharuddin dengan isterinya sedang bergolak walaupun si isteri pernah memfailkan permohonan cerai pada tahun 2011 dan ditarik balik sebab tak jadi nak cerai.

Menurut sumber terbaru, yang juga kenalan rapat mereka, dia ternampak mereka berdua di sebuah mahkamah syariah sekitar Kuala Lumpur dan memberitahu mereka sudah bercerai talak 1 pada jam 9 hari Isnin minggu yang lalu dengan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja, tanpa pengetahuan pihak media.

Mengikut fakta, mereka berkahwin pada tahun 1978 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

No comments:

Post a Comment