Tuesday 25 March 2014

Gambar bakal tunang Nina Iskandar

Sebelum ini telah menyebutkan gosip dimana pelakon, Nina Iskandar ada menjalinkan hubungan dengan anak Datuk K, Adib Khalid.

Namun semalam gosip itu sudah tenggelam, apabila Nina yang kini berusia 23 tahun, telah menyatakan akan bertunang dengan seorang jejaka yang juga businessman dari Kelantan.

Memetik portal mStar, majlis pertunangan itu akan diadakan pada bulan Ogoas nanti.
"Benar saya akan bertunang dengan kekasih saya pada Ogos ini tetapi bukannya dengan Adib seperti yang digosipkan sejak akhir-akhir ini.

"Kekasih saya bernama Ahmad Heikal, berusia 30 tahun dan kami berkenalan pada November tahun lalu. Alhamdulillah, kedua-dua keluarga gembira dengan perhubungan ini,

"Saya baru berada setahun dalam dunia seni lakonan dan terlalu banyak perkara yang harus saya asah untuk menjadi pelakon yang baik.

"Setakat ini kami hanya merancang untuk bertunang dan belum terfikir untuk berkahwin dalam terdekat.

"Banyak perkara yang perlu diterokai sebelum mahu bergelar isteri," -Nina

No comments:

Post a Comment