Thursday 27 March 2014

Diana Danielle pernah naik kapal terbang rosak enjin

Bukan kejadian MalindoAir terbakar semalam, tapi Diana Danielle akui pernah mengalami detik cemas yang hampir serupa dengan MalindoAir ketika berada di dalam sebuah kapal terbang. Ceritanya apaila dia menaiki penerbangan menuju Amerika Syarikat pada 3 tahun yang lalu.

Dimana kerosakan enjin kapal terbang berkenaan ketika sudah berada di awan. Saat cemas itu diceritakan oleh Diana Danielle kat bawah ni.
"Ia sukar untuk digambarkan keadaan itu kerana saya rasakan seperti pesawat itu menjunam selama enam saat dengan enjinnya berhenti.

"Ketika itu saya dapat rasakan semua penumpang berada dalam keadaan cemas dan saling berpandangan antara satu sama lain,"

"Kalau boleh saya tidak mahu menaiki kapal terbang terutama jika pergi ke tempat-tempat yang dekat dan ia boleh naiki kereta sahaja.

"Setiap kali ketika kapal terbang ingin berlepas atau mendarat saya akan rasa terlalu takut sehingga kadang-kala terpaksa memeluk penumpang di sebelah," -Diana. petikan mStar

No comments:

Post a Comment