Wednesday 19 March 2014

Adibah Noor ada 34 kucing belaan

Siapa sangka, Adibah Noor dalam diam membela hampir 34 ekor kucing pelbagai baka di rumahnya. Dengan jumlah sebegitu pastinya satu rekod baru bagi golongan selebriti yang membela haiwan belaan.

Namun pastinya wang yang banyak untuk membelanjakan makanan kucing itu menjadi satu bebanan. Tapi tidak bagi Adibah Noor, bahkan dia mengingati nama-nama kucingnya yang banyak itu.
"Saya tidak pernah berkira berapa banyak wang yang telah dihabiskan untuk kucing-kucing saya dan jujurnya saya tidak tahu berapa banyak kos bulanan dan perubatan yang telah dihabiskan setiap bulan.

"Mungkin lebih daripada RM1,000. Yang pasti, saya menjaga mereka dengan penuh kasih sayang," -Adibah Noor, petikan mStar

No comments:

Post a Comment