Tuesday 18 March 2014

'Biarkan mereka terus 'melalak'! - penerbit teater Hanez Suraya

Memetik portal SinarHarian, Hanez Suraya memberikan komennya apabila mendapat tahu pihak AuraWhite telah memberhentikan perkhidmatannya sebagai duta mereka akibat kontroversi yang melanda Hanez sebelum ini.
"Pasal AuraWhite tiada komen," -Hanez
Namun dalam ramai-ramai yang membangkang dan tidak menyebelahi Hanez, ada seorang yang tampil mengakui dirinya menyebelahi Hanez.

Dia adalah penerbit teater Projek Kahwin, Mohd Amir Syafiq Khalip yang mahu mengekalkan Hanez sebagai pelakon utama untuk teaternya itu.
"Cukup-cukuplah beri publisiti kepada mereka yang komen negatif pasal Hanez. Biarkan mereka terus 'melalak'!

"Saya cukup kesian pada Hanez, dia sudah cukup tertekan dengan apa yang berlaku. Tolonglah saya tidak mahu isu ini diperbesarkan lagi. Paling penting saya mahu tumpukan pada pementasan teater ini sahaja," -Amir
Hubungan Hanez dengan Amir dianggap professional dan tiada masalah, namun masalah kehadiran nanti bergantung kepada kepercayaan dan persepsi orang ramai untuk menolak kontroversi Hanez atau masih lagi di takuk lama, memboikot Hanez.

No comments:

Post a Comment