Monday 31 March 2014

Noryn Aziz hamil 4 bulan setelah 4 tahun kahwin!

Memetik sumber mStar, penyanyi Noryn Aziz dikhabarkan sudah hamil aka berbadan dua sejak bulan Januari lalu. Ini adalah hasil perkahwinannya dengan Datuk Raja Kamarul pada tahun 2010 yang lalu.

Saat ini Noryn dan suaminya adalah orang yang bahagia menantikan saat bergelar ibu dan ayah.
"Sebelum ini macam-macam cara saya dan suami ikhtiar untuk mendapatkan zuriat namun tidak berjaya.

"Alhamdulillah usaha dan doa kami berdua akhirnya membuahkan hasil dan saya kini sedang hamil empat bulan dan dijangka bersalin pada September depan," -Noryn Aziz

Jaclyn Victor umum tarikh perkahwinan

Semalam, Jaclyn Victor yang berusia 36 tahun akan mengumumkan tarikh perkahwinannya tidak lama lagi. Ianya menjadi bukti apabila dia sendiri memuatnaik gambar pasangan kartun berbaju pengantin.

Sebenarnya tarikh berkenaan sudah lama disimpan oleh Jaclyn sendiri namun bagi menghormati mangsa MH370 jadi dia terpaksa menundanya sehingga semalam kepada peminatnya.
I AM GETTING MAR. . . . Hello semua. This morning I have some good news to share with you. A little secret yang terpaksa kusimpan sejak awal bulan haritu, bagi menghormati semua yang terlibat dalam penerbangan MH370. So firstly, I apologise for making this announcement at this difficult time. I pray for everyone on board the flight. Marilah kita semua sama sama berdoa supaya family dan kawan -instagram Jaclyn

Erra dan Engku sambut harijadi Alessya

Tak sangka bila sudah bercerai diantara Erra Fazira dengan Engku Emran kini dipertemukan atas dasar untuk mengembirakan anak mereka,

Tengku Alessya yang menyambut harijadi ke-5 nya baru-baru ini.

Majlis sederhana itu dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan Erra serta Emran di sebuah beach.
Baca lagi »

Shila Amzah bernyanyi pakai skirt pendek!

Aik biar betul ni, Shila Amzah memakai skirt jarang aka pendek ketika dengan legging warna kulit yang seakan-akan dia memakai tudung sambil berskirt.

Menurut laporan MalaysianGazette, tindakan Shila memakai pakaian seperti itu mencerminkan tindakan negatif ke atas semua orang Islam.

“Di Malaysia, rasanya belum ada penyanyi yang pakai macam tu. Walaupun masih menutup aurat, tapi legging yang sememangnya ketat dan warna seakan warna kulit boleh memberi pandang negatif masyarakat China tentang cara menutup aurat untuk wanita Islam”

“Nanti masyarakat China ingat, etika menutup aurat macam yang Shila pakai pula. Bertudung tapi boleh pakai skirt pendek dan dipakai bersama legging,”

Gambar Amyra Rosli dalam majalah

Siapa tidak kenal dengan Amyra Rosli, pelakon muda berusia 23 tahun yang mukanya mirip Nia Ramadhani ni. Walaupun masih lagi muda, dia tetap memiliki bentuk badan yang menarik dan langsing.

Majalah apa ni tak pasti pula, tapi Amyra Rosli ni dah bertunang dengan tunangnya, Dazrin Kamaruddin sekitar bulan September 2013 yang lalu.
Baca lagi »

Sunday 30 March 2014

MH370 bukan salah saya! - Shila Amzah

Tempias tragedi MH370 keatas satu-satunya wakil Malaysia ke Beijing iaitu Shila Amzah telah menerima kritikan dan tolmahan daripada orang di sana.

Walaupun usaha masih terus dipergiatkan namun ramai pihak di sana menyalahkan cara Malaysia menangani nya. Mereka menganggap Malaysia dan MAS menyembunyikan seseuatu. Kritik memang senang, cuba pergi lihat situasi sebenar.
"Kerajaan Malaysia bersalah. Gagal untuk bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Kerajaan Malaysia lebih mementingkan urusan politik berbanding nyawa mangsa... kami mahukan kebenaran,"

"Hati saya berbaur dengan rasa sedih dan marah. Apa yang syarikat penerbangan Malaysia dan pihak tentera negara itu cuba sembunyikan?" -Zhang Ziyi, penyanyi China.
Shila Amzah yang memuat naik gambar sedihnya baru-baru ini, telah mendapat banyak komen positif mahupun negatif bebentuk cacian dan makian.

Namun tajuk gambar berbunyi "MH370 bukan salah saya..." telah mendapat 15,000 respon mengikut sumber Kosmo!.

Ada juga yang memberi kata semangat kepada Shila.
"Shila hanya seorang penyanyi. Dia bukanlah wakil kepada kerajaan Malaysia. Janganlah mengaitkan isu ini dengan dirinya," -peminat

Gambar seksi Adi Putra tersebar?

Kecoh apabila sekeping gambar yang didakwa bekas suami kepada Nooraida Abdul Mutalib yang juga seorang wanita yang mengakui menjalinkan hubungan rahsia dengan Adi Putra secara atas talian (online) pada hujung tahun lalu, telah mendedahkan sekeping gambar kepada umum melalui laman sosial miliknya baru-baru ini.

Tidak tahu samaada gambar ini adalah si Adi Putra atau bukan. Namun ramai yang beranggapan bentuk badan Adi lebih tegap berbanding ini jika dilihatkan melalui filem KL Gangster.

Farah Asyikin selamat melahirkan anak

Tahniah kepada penyanyi Farah Asyikin yang selamat melahrikan anak sulung pada hari Khamis lalu, 27 Mac sekitar jam 2.40 petang.

Farah melahirkan anak berjantina lelaki dengan berat 3.87kg. -gambar GUA
Baca lagi »

23 Gambar resepsi Syamsul, Puteri Sarah

Gambar dibawah ni adalah sekitar majlis resepsi tertutup Syamsul Yusof dengan isterinya, Puteri Sarah Liyana yang berlangsung N’dah Catering, Shah Alam pada hari Jumaat lalu.

Mengikut jadual, mereka akan mengadakan resepsi terbuka mereka pada 18 April nanti di Dewan Perdana Felda. -gambar RotiKaya.
Baca lagi »

Friday 28 March 2014

Elliza AF selamat melahirkan anak

Tahniah kepada Elliza Razak pelajar AF musim ke-3 yang selamat bersalin anak sulungnya pada hari Khamis, 27 Mac sekitar jam 9.50 pagi.

Anak sulungnya itu diberi nama Andhiqa Ellisya dengan berat berat 4.06 kilogram.
Baca lagi »

Gambar Nora Danish temankan Nadem ke Klinik

Biasalah kalau sudah sayang menyayang pastinya, kalau sakit atau apa-apa terjadi kepada si sayangnya akan ditemani juga ke klinik atau hospital.

Begitulah ceritanya kepada Nora Danish dengan Nadem. Namun tidak diketahui apa penyakit yang menimpa Nadem. Dengarnya bukan serius juga, sakit ringan-ringan.
Baca lagi »

Gambar perkahwinan Vince Chong

Tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada finalis Akademi Fantasia, Vince Chong yang selamat berkahwin dengan pasangannya, Fiona Edwards (seorang pramugari MAS) pada 8 Mac yang lalu.

Majlis bermakna berkenaan diadakan di Tanah Rimba, Janda Baik, Pahang. Mereka bercadang untuk berbulan madu di Bali, Indonesia. -gambar MediaHiburan
Baca lagi »

Thursday 27 March 2014

5 Gambar Hanis Zalikha jadi duta Safi Balqis

Cantik juga lihat Hanis Zalikha ni kan. Kalau jadi duta kecantikan lagi lah terserlah kecantikkannya.

Tuah Hanis lah juga kan apabila dia kini dilantik sebagai duta atau Gaids Balqis kecantikan Safi Balqis bagi mengantikan penyanyi, Shila Amzah.

Hanis ditemui baru-baru ini ketika majlis pelancaran produk terbaru syarikat itu, White Trilogi. -gambar RotiKaya
Baca lagi »

Gambar terkini anak Khairul Fahmi, Leuniey

Anak pasangan, Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha, Kayla Elayna yang berusia 2 bulan lebih. Jom kita jenuk-jenuk gambar anak perempuan mereka ni.
Baca lagi »

Gambar Iz Sulaini IOAM terkini

Siapa masih kenal dengan Iz Sulaini. Salah seorang finalis OIAM musim ke-2 tahun 2007/08 yang lalu. Pastinya korang masih mengenali dirinya.

Wajahnya diatas itu adalah wajahnya yang dulu ketika memasuki OIAM, namun agak terkejut apabila melihat wajahnya yang terkini (bawah) yang dimuatnaik di dalam laman sosial Instagram miliknya.

Kalau korang dapat cam apa yang beza..
Baca lagi »

al Fatihah, Ali Mamak meinggal dunia

Tidak ketinggalan untuk mengucapkan salam takziah kepada keluarga Datuk Ali Mamak dan sekalung al Fatihah diatas kepergian arwah pada 27 Mac semalam.

Berita meninggalnya pelawak berusia 63 tahun ini pada pukul 4.20 pagi di Pusat Perubatan UKM akibat penyakit lukemia disahkan oleh kawan karibnya, Abon.
"Pada asalnya arwah dimasukkan ke hospital akibat penyakit gout yang dihidapinya tetapi kesihatannya tiba-tiba merosot sehinggalah doktor mengesahkan beliau menghidap lukemia.

"Malah beliau sempat menjalani rawatan kimoterapi sebelum mengalami pelbagai komplikasi lain akibat penyakit itu,

"Keadaan arwah semalam (Rabu) masih baik dan mampu memberi respon sekiranya ada tetamu datang menziarah selain masih boleh bercakap seperti biasa walaupun keadaannya lemah.

"Saya balik sebentar untuk solat Maghrib di rumah dan apabila saya kembali ke hospital keluarganya memberitahu dia sudah tidak sedarkan diri dan dipindahkan ke wad CCU (Unit Rawatan Kritikal)," -Abon. petikan mStar

Diana Danielle pernah naik kapal terbang rosak enjin

Bukan kejadian MalindoAir terbakar semalam, tapi Diana Danielle akui pernah mengalami detik cemas yang hampir serupa dengan MalindoAir ketika berada di dalam sebuah kapal terbang. Ceritanya apaila dia menaiki penerbangan menuju Amerika Syarikat pada 3 tahun yang lalu.

Dimana kerosakan enjin kapal terbang berkenaan ketika sudah berada di awan. Saat cemas itu diceritakan oleh Diana Danielle kat bawah ni.
"Ia sukar untuk digambarkan keadaan itu kerana saya rasakan seperti pesawat itu menjunam selama enam saat dengan enjinnya berhenti.

"Ketika itu saya dapat rasakan semua penumpang berada dalam keadaan cemas dan saling berpandangan antara satu sama lain,"

"Kalau boleh saya tidak mahu menaiki kapal terbang terutama jika pergi ke tempat-tempat yang dekat dan ia boleh naiki kereta sahaja.

"Setiap kali ketika kapal terbang ingin berlepas atau mendarat saya akan rasa terlalu takut sehingga kadang-kala terpaksa memeluk penumpang di sebelah," -Diana. petikan mStar

Wednesday 26 March 2014

'facebook' Sharisa Haris jual bayi

Menurut portal mStar, pelakon Ariana Rose, Sharisa Haris Chong menjadi mangsa keadaan apabila laman sosial palsu yang dikaitkan dengan dirinya telah membuat satu jenayah berat apabila si pelaku menjual nama anak (dengan menyatakan anaknya telah meninggal dunia) untuk meraih simpati dan pendapatan dari orang ramai.

Menurut sumber, si pelaku itu merupakan orang yang pernah berkerja dengan dirinya 2 tahun dahulu sebagai pembantu jurusolek dan pakaian.
"Pada mulanya saya anggap ia perkara biasa apabila ada individu membuat akaun palsu menggunakan gambar-gambar dan maklumat peribadi saya, namun saya terkejut apabila dia melakukan urusan jual beli yang salah di sisi undang-undang.

"Saya sedar perkara ini apabila ramai mangsa yang terpedaya menghubungi dan menghentam saya di laman sosial peribadi milik saya yang sebenar," -Shahrisa
Kes ini disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Sudah berbulan Madu dan edar kad kahwin, Syamsul & Puteri Sarah

Pasangan suami isteri, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana dikhabarkan sudah mengedarkan kad perkahwinan/resepsi mereka yang akan berlangsung pada 18 April nanti.

Difahamkan sebanyak 500 kad sudah diedarkan kepada kenalan, keluarga, kawan-kawan dan juga media. Dan dijangka 1000 orang akan menghadirinya.

Persandingan itu turut diikuti oleh adiknya, Syafik dan tunangnya, Aiesyah Zainal yang akan dinikahkan pada 5 April nanti.

Ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail memberitahu yang Syamsul sudah sihat sepenuhnya dari demam denggi, dan mereka suami isteri sudah pun berbulan madu di Pulau Pinang. -sumber mStar

Fouziah Gous tersalah ejaan untuk MH370

Rasanya tidak pelik kenyataan dari Fouziah Gous melalui laman sosial Twitter miliknya ini mengenai responnya daripada PM Datuk Seri Najib Razak berhubung MH370 ahad lalu.

Fouziah ni sebenarnya mempunyai niat murni dan bukan mahu melawak, namun melihat daripada kenyataannya itu terdapat sedikit kesalahan ejaan pada responnya itu. rasanya ayat tu 'accept', mahu ditulis except.

Takpe lah, normal kesalahan ejaan.


Chef Wan Minta Maaf

Akhirnya isu gambar 'pintu' MH370 yang dijumpai oleh Chef Wan beberapa hari lalu dengan jenakanya tersendiri sudah mengakui kesilapannya.

Beliau memohon maaf dan meminta semua pihak tidak memanjangkan isu berkenaan. Selain daripada ucapan takziah beliau kepada keluarga mangsa.

Baguslah macam tu, lepas ni jangan jenaka lagi. Ingat keluarga atau orang yang terdekat dengan mangsa, menziarahilah mereka.
Baca lagi »

Tuesday 25 March 2014

Gambar bakal tunang Nina Iskandar

Sebelum ini telah menyebutkan gosip dimana pelakon, Nina Iskandar ada menjalinkan hubungan dengan anak Datuk K, Adib Khalid.

Namun semalam gosip itu sudah tenggelam, apabila Nina yang kini berusia 23 tahun, telah menyatakan akan bertunang dengan seorang jejaka yang juga businessman dari Kelantan.

Memetik portal mStar, majlis pertunangan itu akan diadakan pada bulan Ogoas nanti.
"Benar saya akan bertunang dengan kekasih saya pada Ogos ini tetapi bukannya dengan Adib seperti yang digosipkan sejak akhir-akhir ini.

"Kekasih saya bernama Ahmad Heikal, berusia 30 tahun dan kami berkenalan pada November tahun lalu. Alhamdulillah, kedua-dua keluarga gembira dengan perhubungan ini,

"Saya baru berada setahun dalam dunia seni lakonan dan terlalu banyak perkara yang harus saya asah untuk menjadi pelakon yang baik.

"Setakat ini kami hanya merancang untuk bertunang dan belum terfikir untuk berkahwin dalam terdekat.

"Banyak perkara yang perlu diterokai sebelum mahu bergelar isteri," -Nina

Anuar Zain tunda konsert Minggu Setiausaha sebab..

Penyanyi Anuar Zain difahamkan telah membatalkan konsert/show istimewa Minggu Setiausaha 'Terindah.. Anuar Zain' yang bakal berlangsung pada 8 April ini.

Ini ekoran sikap professional Anuar Zain sebagai manusia berperasaan ekoran menghormati tragedi MH370. Show berkenaan terpaksa ditunda kepada 29 April.
"Saya rasa simpati dengan kejadian ini. Takziah saya ucapkan kepada keluarga serta sahabat penumpang dan krew MH370. Saya rasa sangat sedih dan terkejut atas kejadian ini,

"Saya dan pihak pengurusan fikir semasak-masaknya. Kami merasakan keputusan yang kami lakukan untuk menunda tarikh ini adalah satu keputusan tepat untuk menghormati tragedi MH370 yang menimpa mangsa-mangsa terlibat dan ahli keluarga mereka,"

"Saya sendiri rasa tak seronok untuk meneruskan persembahan pada 8 April ini. Saya rasa sayu. Jadi saya dan pihak pengurusan harus memindahkan persembahan ini kepada satu tarikh yang lain atas rasa hormat," -Anuar Zain. GUA

16 gambar resepsi Sharifah Aleya, Miko

Baru-baru ini berlangsungnya resepsi deejay Hot FM, Sharifah Aleya dan suaminya, Muhamaad Azam (Miko) yang diadakan di Sabah bagi pihak lelaki.

Majlis resepsi ini diadakan secara bersederhana dengan dihadiri adik Leya, Sharifah Amani. Mereka sudah dinikahkan pada 11 Januari yang lalu.
Baca lagi »

Respon Selebriti mengenai MH370

Pengumuman rasmi PM, Datuk Seri Najib Razak pada malam hari Ahad yang lalu mengenai MH370 telah mendapat respon dari selebriti dalam dan antarabangsa di dalam laman sosial mereka.

Mereka bertumpang sedih dan bersimpati mengenai nasib penumpang dan anak kapal berkenaan, respon dari artis Bollywood seperti Shah Rukh Khan juga mendapa perhatian.

Dan yang pasti pada malam itu, laman sosial penuh dengan ucapan takziah dan al Fatihah mengenai MH370. -sumber Murai
Baca lagi »

Isu dingin Anzalna dengan Izzue Islam

Dengarnya, Anzalna Nasir kini dingin dengan Izzue Islam ketika dalam set pengambaran drama Aku Isterinya. Namun Anzalna menganggap isu itu sangat remeh dan bersifat kebudak-budakkan seperti yang dilaporkan oleh mStar.

Kejadian itu berlaku apabila ada satu laporan menyebut dimana Izzue Islam dikatakan kurang selesa dengan Anzalna yang dianggapnya berlebih-lebihan terhadap watak yang dipegangnya sehinggakan isteri kepada Izzue merasa cemburu.
Baca lagi »

Monday 24 March 2014

Nur Fathia pakai tempah gaun pengantin?

Nur Fathia dah beli atau tempah pakaian gaun pengantin? eh eh awal juga. Tapi melihat gambar dia kat Instagram, Nur Fathia memakai gaun pengantin seperti gambar pra-perkahwinan.

Menyedari dia kini hangat bercinta dengan pelakon, Aiman Hakim Ridza. Namun bila diselidiki gambar berkenaan, Fathia cuma memperagakan gaun pengantin untuk majalah Pengantin edisi terbaru nanti.
Baca lagi »

Bienda hamil/mengandung anak ke-2

Memetik portal myMetro, Bienda kini yang bertugas di sebagai deejay partime di KLFM telah memberitahu yang dia kini hamil anak ke-2 ketika dia ke udara pada awal pagi.

Ketika dihubungi pula, dia dan suami serta keluarga meretuanya bercuti ke pulau Perhentian, Terengganu. 2 minggu sebelum pergi bercuti ini, Bienda mengalami muntah yang agak teruk.

Pada awalnya dia menyangka kesan daripada cuaca sekarang yang tidak menentu, namun setelah diperiksa oleh doktor, dia disahka mengandung/hamil 2 bulan.

Anak pertama Bienda adalah Lavienda Namiraz Kamarul Zariman.

10 Gambar sambutan ulang tahun ke-28 Lisa Surihani

Baru-baru ini Lisa Surihani telah mengadakan satu majlis sambutan ulang tahun dirinya ke-28. Majlis berkenaan diadakan dengan penuh sederhana.

Selebriti lain yang turut hadir adalah Scha al-Yahya dan Awal Ashaari, Nur Fazura dan Liyana Jasmay.
Baca lagi »

Hairi Anak Wayang sudah berkahwin

Pelakon, dan juga juara program Anak Wayang 1, Hairi Safwan telah selamat bergelar suami kepada Fara Afiza Azman pada 22 Mac yang lalu dengan sekali lafaz.

Memetik portal MediaHiburan, majlis berlangsung di Masjid Abudllah Fahim, Kepala Batas, Pulau Pinang. Pihak Hairi, menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang tangan (RM3000) dan wang hantaran (RM5000) selain 9 dulang hantaran, manakala dibalas 11 oleh pihak wanita.

Gambar anak kembar Aein terkini

Nak memasuki usia 8 bulan, anak kembar kepada Datin Aein, cukup memperlihatkan anak kembarnya sihat dan hidup normal seperti anak-anak biasa.

Baru-baru ini Aein dan Ekin bergambar bersama untuk sesi photo majalah Harmoni, memperlihatkan keluarga kembar untuk dimenjadi pengias majalah berkenaan. -gambar instagram.com/aennarif#
Baca lagi »

Sunday 23 March 2014

Berat badan Wawa Zainal hilang 8kg sebab..

Selepas bernikah dengan Aeril Zafrel dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Fakharuddin Attar, 6 bulan, Wawa Zainal mengakui berat badannya kurang/kurus.

Memetik portal mStar, dulu ketika sebelum mendapat anak, berat badannya 48kg, kini sudah turun sehingga 40kg.

Difahamkan, Wawa bukan ambil ubat pelangsingan dan apa-apa ke arah itu, cuma ketika mendapat dan menjaga anak sulungnya itu, berat badannya susut begitu drastik
"Anak tengah aktif sekarang ini. Berat badan saya turun lapan kilogram gara-gara menjaga anak.

"Badan terlalu penat juga membuatkan saya susut mendadak. Risau juga sekiranya ia menganggu kesihatan saya. Bagaimanapun Alhamdulillah, saya sihat seperti biasa,"

"Rasanya sekarang ini saya lebih matang dan perubahan itu berlaku selepas saya bergelar ibu.

"Alhamdulillah, mempunyai anak memberi banyak nikmatnya dan pada masa sama mengubah seseorang wanita itu menjadi lebih matang tanpa kita sedar," -Wawa

Hujung Minggu, Zizan dan Emma Maembong..

Hujung minggu semalam, pastinya ramai manusia keluar menghabiskan masa terluang dengan keluarga, kawan mahupun kekasih.

Zizan Razak dengan kekasihnya Emma Maembong sempat bersama-sama ke salon rambut untuk sama-sama 'updates' rambut mereka.
Baca lagi »

Gambar pertunangan, Zuan Azmi TV3

Admin telah mendapat beberapa keping gambar yang dihantar oleh jurufoto, AimeHasan semalam yang menyatakan gambar berkenaan adalah majlis pertunangan oleh pengacara/penolong penerbit Melodi TV3 dan juga telah dikenali ramai melalui sebuah rancangan, Bikin Panas, Zuan Azmi dengan pasangannya, Effy Eddy, seorang pekerja swasta pada 22 Mac yang lalu.

Majlis dihadiri kaum keluarga,teman rapat dan beberapa artis yang mungkin rapat dengan Zuan seperti team Melodi, Lana Nordin, Lisdawati, Azad Jasmin serta Eira Syazira. Sumber itu lagi menyebut, majlis pernikahan mereka akan dilangsungkan pada awal tahun 2015.
Baca lagi »

Tarikh Pernikahan Fizz Fairuz, Almy Nadia

Walaupun ramai menyedari perkahwinan Fizz Fairuz dan kekasihnya, Almy Nadia pada 31 Mei nanti, namun masih tidak ramai mengetahui bila mereka akan bernikah.

Memetik laporan myMetro baru-baru ini menemui Fizz ketika Malam Cinta Allah dan Rasul di Putrajaya, meraka akan dinikahkan pada 26 April ini di kediaman keluarga Almy dekat Balik Pulau, Pulau Pinang.

Disamping itu Fizz juga memberitahu yang dia akan memberikan 9 dulang hantaran dengan berbalas 11 dari Almy, dengan wang hantaran berjumlah RM20,000.

Kita doakan agar ianya berjalan dengan lancar nanti. :)

Friday 21 March 2014

Tayang perut untuk peminat - Sharifah Sakinah

Beberapa hari lalu, Sharifah Sakinah sekali lagi membuat dunia hiburan menjadi terjaga, apabila dengan beraninya memuatnaik gambar dia dengan menampakkan bahagian pusatnya.

Kononnya ingin menunjukkan dia sudah mempunyai ketulan yang dipanggil 'six pack' yang selalu ada untuk buat kaum adam yang kuat bersukan.

Namun, Sharifah yang ditemui untuk menjelaskan semua itu, dan ini jawapan dia..
Baca lagi »

Chef Wan buat lawak untuk MH370

Adoi Datuk Chef Wan ni buat lawak tak kena tempat dan masa sungguh. Rasanya memang tak sesuai dia buat lawak untuk MH370, dan ini bukannya masa untuk melawak tapi untuk bersama-sama mendoakan apa yang terbaik.

Chef Wan ditemui ketika menemui 'objek' seakan-akan menyerupai kepingan kapal di pantai Morib.

Gambar pernikahan Ruzaimi, Adilah

Penyerang sensasi Harimau Muda Ruzaimi Abdul Rahman, 22, selamat bergelar suami apabila menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati yang dikenali sejak setahun lalu, Nurul Adilah Junaidi, 18, awal malam ini.

Pasangan pengantin itu dinikahkan Pegawai Agama Istana Negeri, Imbran Angun dengan sekali lafaz di kediaman pengantin perempuan di Taman Sempelang, Sembulan.

Majlis pernikahan diadakan pada jam 7.30 malam tadi hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan.

Majlis persandingan akan diadakan di Dewan Wisma Wanita, Ahad ini. -myMetro
Baca lagi »

Thursday 20 March 2014

'Itu foto 6 tahun lalu!' - Tauke Jambu

Sebuah blog tempatan telah memburukkan nama baik tanpa menyoal selidik menghubungi Tauke Jambu, dimana telah memuatnaik gambar lama yang memaparkan Tauke sedang pergi ke clubbing aka kelab malam dengan ditemani wanita berpakaian seksi

Tauke yang mengulas lanjut mengenai gambar berkenaan, foto berkenaan ada 6 tahun yang lalu sebelum dia berumahtangga dan ianya adalah untuk meraikan satu majlis selepas tamat sesi pengambaran sebuah filem, dan wanita itu adalah peminatnya.

Mungkin sekarang Tauke sudah insaf dan bertaubat, dan tidak mahu buku lamanya dibuka semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Baca lagi »

Sari Yanti minta cerai, Eddy tidak setuju!

Tiada angin atau ribut, tiba-tiba sahaja Sari Yanti sudah memfailkan percerainnya pada 25 Februari yang lalu di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Suaminya, Mohd Edy yang ditemui semalam oleh wartawan enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakan isterinya itu.

Bahkan Edy masih mahu mempertahankan lagi tiang rumahtangganya.
"Tanya dia, jangan tanya saya. Lebih baik dia (Sari Yanti) yang memberikan komen mengenai perkara ini kerana saya bukannya selebriti,

"Saya tidak bersetuju dengan penceraian". -Edy
Terdahulu, Mohd Edy hadir di mahkamah tersebut bagi sebutan permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkannya terhadap Sari Yanti selaku defendan pada 7 Mac lalu. Kes ditangguh untuk sebutan semula pada 30 April depan. -sumber mStar

Adik Elfira Loy, Ezlisa dapat SPM....

Dan ini pula adik kepada Elfira Loy, Ezlisa Loy yang juga menduduki ujian SPM 2013 lalu, telah mendapat keputusan yang cukup membanggakan juga, iaitu 7A dalam subjek sains tulen.

Apa-apa pun tahniah lah juga ye. :)
Baca lagi »

Anak Rozita Che Wan dapat SPM ....

Semalam keputusan SPM 2013 telah diumumkan, dan peningkatan sedikit semua pelajar yang mendapat A.

Anak Rozita Che Wan, Ammar Effendy telah mendapat 8 A dalam ujian itu, sekaligus merupakan anak selebriti yang cemerlang dalam SPM 2013.

Tahniah lah kalau seperti itu, minta papa belikan hadiah, paling tidak Mercedes. keke.
Baca lagi »

Gambar anak Yasmi Hani edisi Mac 2014

Dah masuk usia 5 bulan untuk edisi Mac ini anak kepada Yasmin Hani, Noah Ismail Wong. Apa-apa pun jom kita layan. -gambar Instagram YasminHani
Baca lagi »

Wednesday 19 March 2014

Gambar Alyah di Acheh, Indonesia

Baru-baru ini Alyah telah pergi ke Banda Acheh, Indonesia untuk menyelami pengalaman berada di negeri Serambi Mekah itu yang sudah 10 tahun ditimpa tsunami paling dasyat dalam sejarah.

Tempat kunjungan Alyah adalah di Masjid Baiturrahman dan Masjid Baiturrahim, Manggal Siron (lokasi pengebumian 46,718 mangsa tsunami), Kapal Apung, Muzium Tsunami, Taman Putri Pahang dan Kampung Nelayan serta juga Pulau Weh. -gambar GUA
Baca lagi »

Adibah Noor ada 34 kucing belaan

Siapa sangka, Adibah Noor dalam diam membela hampir 34 ekor kucing pelbagai baka di rumahnya. Dengan jumlah sebegitu pastinya satu rekod baru bagi golongan selebriti yang membela haiwan belaan.

Namun pastinya wang yang banyak untuk membelanjakan makanan kucing itu menjadi satu bebanan. Tapi tidak bagi Adibah Noor, bahkan dia mengingati nama-nama kucingnya yang banyak itu.
"Saya tidak pernah berkira berapa banyak wang yang telah dihabiskan untuk kucing-kucing saya dan jujurnya saya tidak tahu berapa banyak kos bulanan dan perubatan yang telah dihabiskan setiap bulan.

"Mungkin lebih daripada RM1,000. Yang pasti, saya menjaga mereka dengan penuh kasih sayang," -Adibah Noor, petikan mStar

Gambar kekasih Sarimah Ibrahim

Mengikut berita yang diterima, Sarimah Ibrahim kini sudah mempunyai kekasih yang dikenalinya 3 bulan yang lalu. Dan ini sekaligus membuat satu kebanggan buat Sarimah dimana inilah kali pertama dia bercinta dengan lelaki Melayu.

Nama kekasihnya itu adalah Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, lihat nama seperti seorang kerabat diraja, tapi tak dapat dipastikan lagi. Sarimah berharap Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar adalah pilihannya yang tepat untuk dijadikan suami.