Dalam tak disangka, Erma Fatima memberikan keizinan kepada suaminya itu untuk bernikah lagi satu. Pada awalnya Erma memberikan alasan agar Bade mahu mendapatkan kebahagian daripada hasi perkahwinannya ini. Mungkin kerana faktor zuriat??
Mingguan: Erma sudah tahu mengenai perkahwinan kedua Bade?
Erma: Ohhh Saya restu dan saya izinkan.
Maksudnya Bade tidak bernikah secara senyap-senyap?
Erma: Saya tidak boleh menghalang orang yang saya sayang untuk mendapatkan kebahagiaan itu.
Selalu hal-hal begini begitu sensitif buat sesetengah wanita, tetapi Erma cukup berbeza mengapa?
Erma: Kasih sayang itu soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya. Setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaan sendiri.
Kalau boleh Erma jelaskan perasaan Erma ketika ini dengan lebih mendalam.
Erma: Sudah tentu perempuan itu mampu memberikan Bade kebahagiaan. Jadi sudah jelas mengapa Bade mengahwininya.
Tiada sekelumit rasa kecewa?
Erma: Selama perkahwinan kami Bade merupakan seorang lelaki yang baik, ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anak. Malah saya cukup bersyukur untuk mengetahui siapa saya sekarang adalah kerana dia.
Apa harapan Erma selepas ini?
Erma: Saya minta jangan sensasikan lagi kisah perkahwinan Bade ini. Jujur saya katakan Bade berhak dan dia mampu untuk berkahwin lain. Jadi, saya minta semua orang di luar sana mendoakan kebahagiaan dia dan isterinya itu.
No comments:
Post a Comment