Tapi yang paling ajaib sekali, Lisdawati sudah kembali aktif sebelum berpantang selama 44 hari selepas melahirkan anak ke-3 pada 14 Jun yang lalu, apabila dia kelihatan di majlis pelancaran produk kecantikan Aisrish Fashion Cosmetik yang berlangsung di Ibukota baru-baru ini.
Dalam erti kata lain, melanggar pantang la kan. Tapi memetik portal mStar, Lisdawati enggan mengulas lanjut mengenainya.
"Jangan tanya soalan kenapa saya datang atau langgar pantang, saya datang adalah semata-mata untuk memberi sokongan kepada majlis ini dan pengasasnya.
"Saya percaya dan mengamalkan berpantang selepas bersalin, malah sejak mengandung saya ada mengamalkan peraturan tertentu terutamanya dalam hal menjaga makan.
"Cuma saya jenis yang suka keluar, bila rasa sihat sedikit saya akan keluar untuk hilangkan rasa bosan kerana duduk di rumah," -Lisdawati
No comments:
Post a Comment