Tuesday, 17 June 2014

Gambar kekasih Nina Iskandar, nafi bertudung kerananya!

Sebenarnya, ramai yang telah mengetahui, Nina Iskandar kini sudah mula bertudung, namun ada sesetengah yang beranggapan dia bertudung adalah disebabkan kekasihnya sebelum pergi ke gerbang perkahwinan.

Namun Nina menyangkal tuduhan itu, dan dia bertudung kerana keterbukaan dan keikhlasan hatinya semata-mata. Dan Nina dan kekasihnya itu, belum merancang untuk berkahwin atau bernikah dalam masa yang terdekat.
"Kekasih saya sendiri tidak jangka dengan perubahan saya. Dia sendiri terkejut, namun dia memberikan sokongan yang positif terhadap perubahan saya.

"Sebenarnya sebelum ini saya sering pakai tudung jika keluar untuk cuba-cuba sahaja sama ada saya selesa atau pun tidak, akan tetapi baru-baru ini hati saya terus terbuka untuk terus mengenakan hijab dan saya berasa begitu tenang.

"Lagipun perubahan ini juga sebagai salah satu persiapan untuk diri sendiri kerana jika tidak mulakan sekarang, bila lagi?" -Nina Iskandar petikan Murai

No comments:

Post a Comment