Wednesday, 25 June 2014

Fasha Sandha bersikap cool isu dibandingkan Nora Danish

Bila Nora Danish dicemuh oleh sesetengah pihak, Fasha Sandha juga terkait bersama, inilah persepsi manusia yang suka mencari kelemahan orang lain. Dalam hal berkaitan, Fasha dikatakan tidak mempunyai hubungan baik dengan keluarga suaminya, Rizal Ashram aka Jejai berbanding Nora Danish yang sangat-sangat mesra.

Ianya dibangkitkan melalui sebuah komen pengikut Fasha Sandha di laman sosial Instagram miliknya dengan dibuktikan dengan kenapa dia tidak memuat naik foto bersama keluarga Jejai pada acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2014) baru-baru ini berbanding Nora Danish yang banyak memuat naik gambar-gambar bersama bekas mertuanya itu.

Namun lebih ramai yang menyokong Fasha Sandha berbanding ada orang sibuk nak jaga tepi kain orang.
"Saya beranganggapan komen-komen seperti itu adalah tidak sihat. Sebagai seorang ibu mengandung, isteri dan juga menantu kepada keluarga suami, saya berhak meluahkan perasaan dan menegur pengikut saya di laman sosial.

"Tujuan saya berbuat demikian agar mereka tidak terus melukakan hati atau mengeruhkan lagi perasaan saya ketika ini.

"Status itu adalah teguran kepada pengikut yang ada kalanya meninggalkan komen yang boleh memberi kesan negatif kepada saya,

"Soal sama ada saya akrab atau tidak dengan keluarga suami, saya tidak perlu komen.

"Cuma apa yang boleh dikatakan di sini, saya harap masing-masing faham dengan had masing-masing. Peminat sekarang bijak dan mampu menilainya," -Fasha Sandha petikan mStar

No comments:

Post a Comment